Gua ingat bila gua sambung belajar kat Kelas Persediaan Universiti Junior, gua ingat x boleh meneruskan kerjaya kat cyber cafe tapi dengan semangat yang berkobar2 Along bagitau gua boleh sambung kerja pada waktu petang... Tujuan gua kerja kat cyber cafe ni bukan disebabkan gaji semata2, tetapi gua mementingkan pengalaman gua kat sini... Selain itu, gua dapat mencari serba sedikit mahupun banyak maklumat yang berkaitan dengan komputer.. Sekurang2nya gua dapat maklumat melalui teori dan pengalaman... Secara x langsung, gua daripada yang buta it dah menjadi celik it. Banyakmembantu gua menyelesaikan masalah gua yang kekurangan maklumat dari setiap aspek... Terima kasih la kepada semua yang telah menolong gu dan terutamanya Along yang banyak memberi tunjuk ajar kepada gua...
Monday, May 18, 2009
Sunday, May 17, 2009
Salam kepada pembaca gua....Hari ini gua ada sedikit cerita baru dan cerita x berapa lama... Smalam gua tengok Konsert Akhir Akademi Fantasia yang pada mulanya gua teruja la jugak pasal sapa yang nak jadi juara, alih-alih lagu yang diorang dapat x dapat menggembirakan hati gua... Dah la lagu yang ntah apa2 memang satu hal, tapi yang aku konfius skarang ni kenapa aril yang mendapat tempat ke-2 sedangkan ramai yang boleh menjadi naib johan... Contohnya, Isma ke, Yazid ke or somebody... Tapi gua suka dengan keputusan undian peminat yang memilih Hafiz menjadi juara memandangkan sikap hafiz yang x banyak kerenah macam pelajar2 lain... Gua respect la kat dia.... Lupakan perkara itu seketika... Gua nak ceritakan sikit hari kedua gua sekelas dengan pelajar2 dari sekolah lain... Satu pembetulan ialah kelas gua ditukar menjadi KPUJ ( Kelas Persediaan Universiti Junior)... Budak2 kelas gua memang perangai gila2 abis... Ada sorang budak bernama diana memang boleh jadi satu geng dengan aku... Aku jadi rindu pulak kat kawan2 kalau x gi sekolah ... Story aku sampai di sini dulu.... Challoooooo
Tuesday, May 12, 2009
Sekolah Baru Buat gua........
Today adalah hari kedua gua pergi ke sekolah menengah Sik bertunjuan untuk melajutkan pelajaran dalam tingkatan 6... Tujuan gua bukannya apapun sekadar memenuhi masa lapang gua yang banyak dan membazir ni... Lagi satu tujuan gua adalah untuk gua mendapat sedikit sebanyak pengalaman menjadi pelajar tingkatan 6... Sementara gua tunggu mendapat tawaran daripada politeknik dan kolej komuniti gua rasa xda salah masuk tingkatan 6... Dah dapat tawaran gua challo la dari sekolah tu...Sekarang pon dah tukar menjadi kemasukan persediaan universiti kalau x salah gua... Gua amik kelas yang mempunyai matapelajaran yang gua minat sangat2 iaitu geografi... Maklum la latarbelakang pendidikan yang gua amik kat sekolah menengah Chepir daripada tingkatan 1 sampai tingkatan 5, ialah matapelajaran geografi yang merupakan salah satu pilihan di sekolah lama gua... Bagi gua cikgu2 di situ boleh dikatakan masih lagi baik terhadap pelajar2 baru... Satu2nya yang gua perasan daripada mula2 masuk sekolah ialah kebanyakan pelajar dari sekolah gua kebanyakan rendah2 belaka sedangkan pelajar tingkatan 3 sampai tingkatan 5 semuanya tinggi2... Sudah la masuk sekolah baru terasa macam rusa masuk kampung dan sedikit sebanyak... Memang banyak la terasa rendah diri dan rendah ketinggian...
Subscribe to:
Posts (Atom)


