Monday, November 5, 2012

Semakin Jauh... Semakin Sedap...

Boleh dikatakan bila aku duduk kat bandar nih, selalu jugak la aku jalan-jalan dengan bajet yang ala kadar...faham-faham la student college... Berapa lah sangat yang ada dalam poket tu kan...duit makan pon belum  tentu lepas inikan pulak makan angin. Bila ada lebihan-lebihan bajet baru la dapat merasa makan angin puas-puas sampai kembung perut. Bila duduk sini semestinya la pengangkutan utama adalah bas dan kereta api...hmmm kereta api??? KTM Komuter senang citer. KTMB ni jarang sangat nak naik. ~nada bisik~ Mahal.. Lagipun bukan nak jalan jauh-jauh sangat...sekitar kawasan Selangor jugak.
Aku tanak la cerita pasal kereta api nih...cerita kereta mainan kat rumah pon tak sape yang nak dengar inikan pulak cerita kereta api yang banyak dah kat Malaysia ni..itu belum lagi campur dengan kereta api bawah tanah yang baru nak dibangunkan...banyak sangat aku pon boring jugak...
Yang aku nak cerita sebenarnya bas...ialah bas la...takkan lori pulak. Aku story bab lori kang muntah hijau pulak korang. tapi ni bukan la bas yang aku selalu naik dari kolej aku ke Kajang nuh...Ni cerita pasal bas ekspres...bas yang selalu aku kena bayar mahal-mahal, hantar aku dari selatan ke utara pastu patah balik dari utara ke selatan kadang-kadang jalan sampai ke pantai timur...hahahahaha...korang ingat aku jahat sangat ke...save budget la nak jalan-jalan pon...Ada sesetengah bas yang aku suka, ada jugak yang aku tak suka...Nak tahu apa yang aku suka?? Mesti la aku suka tempat duduk dia. Masakan aku nak menyukai enjin dia..kerna aku tak bisa mem'pomen'kan enjinnya...
Dalam banyak-banyak bas yang aku naik, ada satu bas yg 1st time aku naik dan aku rasa macam nak naik lagi...korang pergi mana-mana pon korang cari je bas KONSARTIUM..aku suka pasal seat bas ni boleh diadjust sendiri mengguna button yang ada kat seat tu jugak. Aku tak tahu la bas ni ada tak kat sekitar sini...~nak kena ushar ney~ lagi 1 kelebaran seat dia memang tak payah cakap memang muat untuk body aku menggeliat sana sini hehehehe ~agak tak senonoh disitu~ tapi demi story ni layan je lah korang ye...ada jugak bas lain contohnya SERI MAJU. Seat dia pon best jugak tapi tak sesedap seat bas tadi la..lagi satu MAYANG SARI...Korang kalau nak cari bas yang laju ~hehehehe bukan laju sangat~ korang boleh ambik S.P BUMI pasal dia boleh dan berkemampuan untuk memotong bas-bas lain..banyak bas sekarang yang mempunyai seat yang luas untuk tidur..aku just story berdasarkan pengalaman aku turun naik bas dari utara ke selatan dan jugak ke ibu kota...bukan aku yg tentukan kesedapan seat sesebuah bas.

Thursday, November 1, 2012

Percaya padaku... juga sayangku..

Apa yang korang akan rasa bila seseorang penyarah akan cakap korang merupakan salah seorang yang bakal fail dalam peperiksaan…korang mesti terkejut, sedih, and of course korang akan marah jugak ye tak…seolah olah dia tolong mendoakan ke’fail’an korang dalam peperiksaan…tapi bila difikir fikirkan balik korang mesti ada buat something wrong somewhere dengan dia…cuba korang fikirkan semula apa kesalahan yang korang dah buat kat dia. Agak agak korang apa kesalahan korang kat pensyarah korang ye… 
 Itulah yang terjadi kat aku sekarang ni…maybe jugak salah aku yang selalu tak masuk kelas dia, tak ambik pusing apa yang dia ajar…apa yang dia ajar aku buat sambil lewa dan apa yang dia cakap masuk telinga kiri kanan, keluar ikut mulut. Aku kan budak nakal. Sememang aku ni banyak mendatangkan masalah pada semua orang yang berada sekitar aku haha L… bukan niat aku nak buat macam tu. Aku berusaha untuk memahami apa yang dia ajar tapi cara yang aku pilih tu tak dapat aku ikut sepenuhnya. Kadang kadang aku hairan macam mana orang bijak pandai belajar. Walaupun banyak main main sampaikan diorang sendiri boleh diketegorikan manusia yang paling bermasalah tapi bila waktu exam dialah manusia yang membanggakan pensyarah pensyarah dia.
Aku cuba ikut macam tu jugak tapi tak boleh sebab aku adalah speisis manusia yang kena menghadap buku jugak kalau nak dapat markah dalam exam. So aku boleh dikategorikan sebagai somebody yang lemah dalam akademik. Aku bukan datang dari golongan yang bijak pandai mahupun genius. Dan aku tak mampu seperti itu. aku sekadar mencuba nasib untuk jadi macam mereka yang dah berjaya...
Korang patut bahagia kalau korang dapat menjadi kesayangan pensyarah korang kerana pensyarah korang atahu apa kelebihan korang dan apa kekurangan korang. Event ada somebody yang jealousy dengan korang, pedulikan sebab dia sendiri mahukan perhatian jugak daripada pensyarah. Seharusnya korang bersyukur dengan apa yang korang dapat. Tapi janganlah bangga dengan apa yang korang ada.. nanti Tuhan tarik balik baru korang tahu erti penyesalan.  

Bagi aku, aku tak layak mendapat sebarang perhatian daripada guru, pensyarah atau sesapa la. Aku tak layak sebab aku tak mempunyai sebarang kualiti yang diperlukan..hahaha sangat touching kan ayat aku ni..wekkk!! aku kesah ke? Hahahahaha..hidup ni sangat mencabar. Perlu bersaing untuk menjadi yang terbaik dlam setiap segi walaupun benda tu adalah remeh seremeh remehnya…cabaran dalam hidup ni bila nak melalui setiap dugaan dengan penuh kesabaran..