Friday, July 18, 2014

Bulan ini bulan Ramadhan

L
epas sahur sambil menunggu masuk waktu Subuh, rajin pulak jari nak tekan butang kat remote control talibesen (*televisyen) keluarlah siaran tv9 yang tengah menayangkan cerita Misteri Malam. Ingatkan cerita menarik rupa-rupanya ceriat pasal pengalaman artis yang berjumpa dengan makhluk dari alam lain. Huh! Kepantangan aku bila mengadap tv, otometik otomen mata aku fokus pasal cerita tu... tawaduk punya kusyuk kat depan tv tu tiba-tiba .......................bedebuk!! kat tv dah keluar gambar pocong ni siap tayang muka buruk...ada benda jatuh kat tepi aku ja nih. Ish! Nampak tak permainan minda tu?
Oh!! Aku sangat berpantangan bila tengok rupa sang pocong kerana aku sangat fobia dengan pocongan..fobia dengan pocong – aku tak tau nama dia. Tapi setiap kali rupa benda berbungkus dan diikat dikepala otometik otomen jantung aku mengepam darah selaju-lajunya sampai aku rasa macam nak tercabut jantung. Sakit dia tu hanya Allah yang tahu. Belum sampai tahap berpeluh-peluh bersesak-sesakan nafas aku ni...Cuma hati aku berdudap-dudap laju, mengalahkan Valentino Rossi dengan The Doctor dia tu.
Wajib kah setiap cerita hantu yang ditayang kat panggung wayang dan tv perlu buat music background yang ntah apa-apa tu? Meletup jugak jantung aku ni dengan muzik dia. Padahal orang yang selalu kena usik takdanya nak ada latar muzik bagai. Nak pulak kalau yang tengah syiok layan lagu Metallica lagilah tak layan kalau kena usik. Entah-entah hantu jin setan iblis pon ikut sama tumpang sekaki dengar lagu. Tak ke lebih kurang je perangai.
Satu lagi pantang aku bila kakak aku buka cerita pasal hantu di bilik tidur aku a.k.a bekas tidur mereka itew. Bilik aku tu woi! Hang bukak cerita hantu tu pasai pa? Cerita dia  aku memang tak tidur la kat bilik aku. Ish! Kot ya pon nak bercerita tak payah la dekat dengan tepi telinga aku...bergetar je urat telinga aku mendengarnya...menusuk ke urat saraf aku. Adoi la...sabar saja la. Cukup! Dah masuk waktu sembahyang Subuh…                         

5:56 AM

Apa Khabar Wahai Alam...

Hujan membasahi alam, kabus memayungi udara, angin semilir menyapa bumi, burung berkicau memberi salam. Indah ciptaan Illahi..tidak disewa, tidak dibayar hanya merasa dan bersyukur kepadaNya...suasana kehidupan kampung tidak terbanding dengan apa yang diciptakan oleh manusia. Lumrah alam manusia tidak pernah puas dengan pemberian-Nya.
Beberapa jam sebelum kedatangan waktu berbuka bagi daerah Sik, sempatlah hujan renyai-renyai membasahi perkampungan di sekitar daerah Sik. Bagi yang tengah memasak, masih berasap periuk belanga di dapur. Mana yang sudah selesai, aktiviti petang menghirup udara selepas hujan sambil melihat keindahan alam yang dipenuhi kebun dusun, bukit bukau, parit sungai tak lupa tali air…ahhh tali air… ada lagikah penduduk kampung yang menanam padi pada tahun ini? Sejak-sejak kemalangan , jarang-jarang nak meronda sekitar kampung melihat sawah bendang. Apa khabar burung-burung di bendang? Apa khabar ikan-ikan di parit? Apa cerita si lintah dan pacat? Ehmm ehmmm hmmmm… (aku geli dengan binatang lembik melekit melekat tu)
Cerita pasal hujan, terimbas kembali sejarah beberapa bulan sebelum kehadiran sang matahari yang memancar-mancar sinar panasnya. Setiap hari berbulan-bulan lamanya hujan turun membasahi bumi kampung di daerah Sik. Adakalanya lebat selebat-lebatnya, adakala renyai serenyai-renyainya…kadang-kadang timbul cerita ada kampung yang terlibat dengan banjir kilat, kadang-kadang timbul cerita ada kampung yang terputus hubungan kerana masalah talian telefon terganggu, dan kadang-kadang ada satu dua tempat mengalami masalah ribut dan pokok tumbang..hmmm ada yang sibuk waktu itu…hari-hari ada panggilan kecemasan…
Itu hanyalah sekadar cerita di sebalik cerita. Ini kisahnya…kala hujan membasahi bumi di hening pagi, bila subuh melangkaui waktu kabus timbul menyelimut alam. Aku ingat masa aku belajar di sekolah menengah, kenderaan yang menjadi pengangkutan utama sudah tentu la  motosikal. Aktiviti pagi-pagi aku ialah memulas minyak sampai puas. Kabus agak tebal kalau melalui kawasan berbukit ala-ala di kawasan pergunungan pulak. Jadi kena la berhati-hati selalu sebab tebing curam berlembah agak bahaya. Tapi selalu jadi tempat rempitan perempit-perempit yang tak serik-serik…tapi bila bawak motor dalam kabus ni faham-faham sajalah bila tahap pandangan hanya selangkah di depan mata, jadi kalau bertembung dengan piggy and their piglet what should I say just bring it with the slowly. Pernah sekali that piggy betul-betul depan mata bila kabus makin hilang. Thank God I’m not accident. Sedia maklum la aku bawak motor pergi sekolah melalui kawasan kampung.  Melangkaui 4 buah kampung. Sudah tentulah kawasan berbukit bukau, hutan dan kebun di kiri kanan, jalan raya bak ular dipalu, itu belum kira lopak lubang dijalan. Nak pulak najis lembu merata-rata kena elak jugak tu… wangian haruman tak payah ceritalah menyengat hidung oii... Ok stop! Continue this story.
Bila hujan mencurah-curah, rindu pulak suasana pagi sejuk-sejuk gedi (*menggigil) waktu mandi pagi-pagi. Biasanya penduduk kampung menggunakan air daripada mata air yang kebanyakan orang panggil air bukit. Air bukit ini akan ditakungkan di sebuah kolam dan kolam itu akan menyalurkan air tersebut melalui batang paip pvc yang besar ke kampung-kampung berdekatan. Tapi bila hujan lebat, kolam takungan tu kena la dicuci selalu pasal daun-daun kering dan pasir akan menyebabkan paip pvc tersumbat. Kecik-kecik dulu sebelum mandi jerang (*masak) air panas, lepas tu tambah dengan air biasa bila agak-agak suam baru mandi. Sekarang tak payah dah rumah kampung pon dah ada water heater. Canggih kan?! Lumrah alam yang indah ciptaan Maha Esa. Salam Ramadhan untuk semua.

11:27 PM