Sunday, July 12, 2009

Penghargaan untuk Michael Jackson :)

Jika gua x terlambat,ucapan takziah untuk Michael Jackson... Walaupun dia dah dikebumikan beberapa hari yang lalu, dia tetap dalam ingatan semua orang di dunia... Banyak lagu2 dia menjadi kegemaran gua masa gua kecik2 dulu... Setiap tarian dia yang dia tarikan di atas pentas show akan membuatkan seluruh dunia terpaku... X akan jumpa dah orang yang seperti Michael Jackson yang mencipta nama dengan cara sendiri dan gerakan yang tersendiri... Mungkin kalau umurnya panjang, dia akan buat sesuatu yang luar biasa... Bila dia meninggal, bermacam masalah yang perlu di hadapi oleh ahli keluarga dia termasuk sahabat handai... Harta benda, anak2, Natherland kecuali isteri...

Thursday, July 9, 2009

Selepas Apa yang Terjadi....

Gua x sempat nak masuk blog dah kaku tangan nak menaip... Maklum la kerja sekolah banyak dan melibatkan hasil tulisan tangan yang x sempurna ni... Lepas je perkara yang memalukan terjadi dalam hidup gua berakhir pada pagi keesokannya, gua macam nak x nak pi sekolah dah untuk selama2nya tapi, mak gua kata kalau gua x gi sekolah esok, macam mana dengan hari lusa, tulat dan selamanya??? Gua pon terpikir jugak apa yang mak aku kata 2 ada betul jugak... Keesokan harinya gua pergi sekolah dengan muka yang dah tebal macam dinding... Terpaksa la gua menjadi seorang yang selamba sekali lagi walaupun muka dah merah semacam... Boleh dikatakan diorang buat x tau apa yang terjadi hari tu tapi masih mempersoalkannya bila diorang sembang dengan geng2 seangkatan mereka...

Sunday, July 5, 2009

Malangnya Hari Ini...



Hari ni gua asyik di timpa malang yang amat memalukan dalam sejarah hidup gua sebagai student kat mana2 pon.... Siot betul la..........!! Malang bertimpa lagi bila gua nak balik rumah, tayar motor buat hal.... Macam2 dugaan yang menipa gua hari ni tapi gua kena la maintain selamba... Dalam hati gua rasa macam nak pecah dada... Malu yang teramat sangat!! Gua x sangka nak jadi macam ni... Ntah macam mana la gua nak lalui hari2 yang akan datang... Adakah gua akan terus sembunyikan diri @ menghadapi kenyataan bahawa gua memang terlalu malu... Memang siiiooooooooooooootttttttt!!! Kalau la orang lain tau apa yang terjadi gua x tau la kat mana lagi gua nak sorok muka gua yang bulat ni.... Kalau la gua dapat dapat hilangkan memori apa yang berlaku hari ini, gua bersyukur sangat2... Itu pon kalau dapat... Harap2 gua dapat apa yang gua hajat... Semoga gambar ni dapat berikan ketenangan pada gua dan seluruh jiwa gua supaya gua dapat tido lena malam ni... Sekian story gua untuk hari ni...