Dulu-dulu masa aku kecik kecik kan... Aku selalu nampak kakak kakak aku akan dapat sepucuk surat tak kisah la dari kawan kawan ke, jabatan pengajian ke, dari teman teman ke, tak pun teman tapi mesra... Masa tu bila aku tengok muka diorang bila dapat surat, sungguh menampakkan muka yang sangat bahagia... Aku sendiri pun jelous dengan kakak kakak aku nih... Iyalah memasing dapat surat nak-nak plak time raya ke, cuti sekolah ke ataupun selalunya waktu nak kenduri kahwin la yang selalu sangat dapat surat.. Yang aku ni pulak, sedih je sebab mengharapkan seseorang akan hantar sepucuk surat untuk aku..aku pon nak jugak hahahaha.. (sangat aku tak menyukai keadaan seperti itu =0)...
Dan tiba la masanya aku masuk ke alam persekolahan menengah rendah...biasa la kan bebudak form 1 sampai form 3 bukan setakat belajar apa yg cikgu ajar...siap mengeja dengan tau maksudnya sekali... Time tu, aku peduli hapa...lantak korang la sampai tunggang langgang pon janji tak kacau aku... Masa tu halamak...hantar surat pakai posmen karat ajak jumpa bawah pokok la, tepi bangunan sekolah la, itu belum lagi campur jumpa kt luar sekolah, kadang-kadang aku jadi gak tukang escort.. Untung kau tau...nak makan ditanggung beres...Sesaja gatal gatal hehehe... Aku tengok pergh!! Bahagia sungguh haih! Tapi aku nak heran apa..biasa la kan cinta monyet orang kata... Ada jugak aku dapat tapi budak budak nak jadi adik beradik angkat dia..halamak! Aku tak minat nak berangkat angkat ni... Kalau nak jadi kakak angkat aku kena tunjuk contoh yang baik, tapi tu bukan style aku hehehe... Selalunya aku dengan kawan baik aku ni ada rancangan yang under control... So tak boleh la jadi baik sangat. Tapi yang bestnya, waktu nak dekat hari raya kitaorang still lagi kena pi sekolah, so member member yang rapat dengan aku mesti bagi kad raya sekali dengan duit raya hehe untung kau..
Masa cuti sekolah form 5, baru aku baru dapat surat rasmi daripada kementerian pelajaran untuk masuk ke kolej komuniti dalam bidang automobil. Time tu memang la nak pi sangat sangat tapi ada pulak halangannya...takpa la...lain kali je la...sejak daripada tu la aku selalu sangat dapat surat sampai aku pon jemu tengok... Mau tak jemu semua surat daripada kementerian pelajaran...surat cinta tadak main na... Zaman sekarang just sms if u want to tackle somebody bak kata member aku haha..stylo la sangat tu.. Kebanyakan surat sekarang just nk bagi surat tawaran je..itupon print dari tenet...orang jarang dah nak guna surat nak mukadimah ni ha…
Tuesday, October 30, 2012
SURAT UNTUK AKU...
APA YANG AKU DAPAT DI SINI...
Baru baru ni aku ada la naik bas...memang kat tempat aku ni disediakan kemudahan untuk berulang alik antara satu tempat ke tempat lain dengan bas. Ada jugak teksi dan kereta sewa tapi kalau rasa rasa bajet tu dah cukup sangat boleh la pilih menatang tuh...Tempat aku yang tinggal sekarang ni ofkozes la kawasan Selangor kan... nak pulak agak kedalam sikit so ada la kezutan budaya jugak...maklum la tempat orang...tempat jatuh bangun dikenang inikan pulak kalau tempat makan dan tidur...memang dikenang la.
Tempat aku ni nama dia Beranang sempadan dengan Seremban. Kalau orang nak tahu la kan daerah ni dekat Semenyih tak jumpa jugak kat dengan Kajang... Kalau tak tahu Kajang korang tengok je la peta Selangor tak jumpa, carik je dalam peta Malaysia tak jumpa jugak, Google Map kan ade taip je kat situ..kalau tak bleh bukak, mintak tolong orang kalau tak boleh jugak korang bakar je la handphone android korang tuh...kalau bab Facebook bleh je bukak tapi kalau google loading selalu...
Okeh aku punyer mukadimah dah panjang berjela nih..kang ada pulak yang pengsan muntah muntah bagai bila baca ayat aku nih..tempat aku tinggal ni penuh dengan warganegara Malaysia dan jugak warganegara asing..ofkozes la kan Malaysia ni kan satu satunya negara yang menjadi punca pendapatan mereka. Lubuk rezeki...daripada yang halal sampaikan yang tak halal pon ada jugak..Bukan nak kutuk tapi itu la kenyataan sebenar. selalunya aku guna bas la kalau nak ke Tesco Semenyih tu atau nak ke Pekan Kajang. Kedudukan pekan Kajang yang jauh tu selalu membuat aku jadi suka mengushar manusia manusia asing nih...
Satu benda yang aku tak suka bila naik bas ni ialah bila time aku bawak beg 'mendaki gunung' aku tu feeling semacam je bila sesetengah manusia dalam bas pandang aku atas bawah atas bawah...mata ko dah juling ke sakit mata??...memang la kan kalau korang nak tolong aku silakan la tolong...tapi kalau takat nak tolong tengok please la...ko tengok je la awek kat sebelah ko tu...memang aku kena tahan panas je la duduk dalam tu..jangan sampai aku mengushar balik naya je jadik...hilang pahala aku nanti..cari gaduh plak gaya aku tu...tapi kan sebetulnya aku tinggal kat sini baru je nak masuk lima bulan terasa aku duduk kat negara asing...iye la hari hari aku jumpa warga Vietnam, Indonesia, Bangladesh banyak lagi la. So struggle hehehe... Nama pon merantau ni la jadiknya...
Monday, October 22, 2012
Work As A Cleaner
Ini apa yg aku selalu dengar, lihat dan analisis…
wah kemain you analisis… kebanyakan orang selalu memandang makcik-makcik,
pakcik-pakcik dan akak-akak cleaner sebagai satu benda yang menjijikkan… please
la kalau diorang ada peluang dapat kerja lain aku rasa semestinya diorang
takkan kerja sebagai cleaner… iyalah sapa la sangat yang nak kerja macam
tu…kadang2 orang kerja macam tu pon maybe disebabkan terpaksa, dipaksa atau
kena paksa.. ada la jugak yang rela but maybe paksarela..kerja berat-berat tapi
upah sikit sangat…kesian kan… sedangkan orang yang kerja dalam pejabat duduk
bawah aircond dapat gaji beribu-ribu…sangat
berat sebelah you…dah elok-elok kerja macam tu merungut pulak gaji tak cukup la
makan tak tentu la..apa lagi?? Macam-macam la sedangkan acik-acik cleaner ni
nak dapat sesuap nasik pon kerja berjam-jam dari pagi sampai petang kadang-kadang
nak duit lebih amik lajak sikit kerja sampai malam (maksud aku over time la)…ish
3x…tak bersyukur sungguh…please la kerja tu biar la ikhlas supaya gaji yang
dapat tu jadi berkat. Ni kalau tangan bergerak + mulut yang berbunyi acaner ni?
Kalau tanak kerja macam tu tak payah la kerja bagi je kerja tu kat org lain.
Ramai lagi yang nak kerja cam tu. Rasa-rasa kalau kerja tu tak mencabar la..apa
la kan.. cer try kerja clener baru korang tahu apa itu erti kesabaran.
Silap-silap korang balik rumah boleh menangis sebab tak tahan kerja cleaner
ni.. kalau korang kerja bagus esok-esok kena puji tapi kalau korang kerja macam
hantu jangan kata esok…hari tu jugak la korang boleh kena maki. Korang akan tahu
erti penyesalan yang sebenar. Acik cleaner ni pon aku rasa manusia yang paling
tabah kat dunia ni nak layan kerenah orang yang berbagai-bagai ragamnya.
Thankful to Allah because He give you the strength.
Wednesday, October 10, 2012
Makin lama Makin Penin..
Blog??!! hmmm definitely its about blog...so what about that hmm?? hehehehe sorry for reader kena baca broken English at the first paragraph...This is just the beginning...macam biol ja kan ayat aku...ntah apa2 terus nak buat orang suspen...okeylah storynyerr..aku bukan jenis celik blok...(mana bahasa yg aku dapat jangan tanya sebab secara jujurnya kawan2 aku ramai yg gila bahasa) full stop. Aku jadi penggila blog since aku maybe in form 3 @ form 4...maybe jugak disebabkan pengaruh kakak aku yg jugak blogger. Aktif tak aktif aku tarak tau...
Motifnya dahulu adalah nak meramaikan kengkawan tapi masa 2 aku sajalah yg mampu untuk berblog sedangkan orang lain sudah menjangkau berfacebook dan bermyspace... Derr!! Aku pon ada tapi aku tak teror dowh...so bila aku dah rasa agak mampu untuk ber segala ber, aku terlupa akan blog aku yg satu ini... (bunyik macam aku ada banyak gilerr)..By the way sikalang aku dah berkeinginan nak update segala jenis data2 yang terkumpul dalam memori minda aku untuk di upload ke dalam blog...
Yang menjadi masalah aku adalah....muka blog dah bertukar jadi baru...so aku too bengang sesangat sebab aku tak pandai guna... dah 2 nak mengelakkan masalah MENYUSAHKAN orang, aku sendiri bukak "saluran anda" untuk cari segala cara nak tukarkan rupa asal blog ni...alih2 lain pulak yang jadi...tapi...... seyes aku cakap agak cun pada mata sebaris aku ni..walaupon orang lain merasakan agak chaos... yang pasti 'ADA AKU KESAH KER?' sekian untuk hari ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)