Apa itu impian? Impian ialah terlahir dari sebuah
angan-angan dan cita-cita… mana datang impian? Pada aku impian datang bila
soalan yang selalu ditanya contohnya ‘apa cita-cita hang’, ‘hangpa teringin nak
jadi apa?’, ‘bila besaq hangpa nak jadi apa?’. Selalunya waktu sekolah dulu
masa kecik-kecik, cikgu selalu tanya kan…baik masa sekolah rendah, mahupun
sekolah menengah…cita-cita aku? Hmmm… sat aku nak flashback…
Masa aku kanak-kanak
ribena, kata mak aku…aku suka ikut arwah bapak aku pergi tengok apek broza
(bulldozer) bawak broza korek tanah kat belakang rumah aku…masa tu ada jiran
sebelah tanam padi huma a.k.a padi bukit. Jadi arwah bapak aku tanya apa minat
aku…aku kata la aku nak jadi apek broza. Sebab apa? Sebab suka pakai seluar
pendek dan singlet dengan topi mengkuang. Dah gaya apek memang gitu…nak kata
apa boleh? Masa dulu mana ada gaya urban ke, ranggi ke, casual ke, apa-apa
sajalah…pendek kata tiada istilah penggayaan...
Lepas tu bila dah
besar sikit, cerita apek broza dah dilupakan sebab dah masuk sekolah rendah,
dah faham bagaimana pekerjaan apek broza tu. Masa tu di bawah pentadbiran
mantan Tun Dr. Mahathir, makanya cerita mengenai wawasan negara pada tahun 2020
mengenai impian Malaysia mengenai angkasawan negara. Jadi, akupon berangan
jugak nak jadi angkasawan…konon-kononnya. Masa tu belum lagi cerita pasal
angkasawan negara kita Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Syukor. Tahun 90’an tak siapa
yang menyangka impian akan menjadi kenyataan. Bila dah masuk umur 9 tahun, ada
satu filem spy kanak-kanak yang aku suka teramat sangat. Kalau ada yang ingat
filem Spy Kids, itu la salah satu penagruh yang kuat dalam hidup aku
selepas cerita filem Harry Potter-The Chambers of A Secrets. Yang
menjadi masalahnya bila anak-anak jiran aku adalah kalangan budak-budak lelaki…hmmm…automatik
permainan aku adalah permainan budak-budak lelaki. Main bola sepak, badminton,
mandi parit, tahan burung, main guli, panjat pokok, baling selipar,cari biji
getah, cakplung (tembak-tembak pakai buah cenerai), gaduh bertumbuk dengan
budak lelaki dari kampung lain. Kiranya masak memasak, pondok-pondok,
kawin-kawin tu semua benda last dalam list permainan budak-budak kampng aku.
Jadi aku ajak la budak-budak lelaki yang muda daripada aku jadi spy- akulah
ketuanya, pejabat pulak berpengkalan di rumah aku. Masa tu budak lelaki yang
tua dari aku ada yg bersekolah sebelah petang. Aku la yang ambil alih
kawasan.
Entah apa-apa sajalah
waktu tu. Tapi bila waktu malam, aku masih lagi tidur sambil hisap dummy, peluk
anak patung ditemani si kucing-kucing kesayangan. Arwah bapak aku ada bukak
sebuah kedai ala-ala booth gitu di rumah menjual barangan dapur dan jugak bekas
simpanan makanan (Tupperware). Aku minat jugak berniaga pasal aku selalu tengok
orang bagi duit. Tapi tak lama sebab arwah bapak aku selalu sakit-sakit dan
masuk hospital. Arwah bapak aku ada belikan sebuah anak patung robot bila tekan
button on, robot tu boleh gerak kedepan kebelakang sambil menari-nari
gerak ke kiri ke kanan. Dasyat kan?
Lepas tu dia belikan aku pistol mainan yg tembak cicak pakai peluru bebola
plastik. Mak aku tak pernah benarkan aku main pistol mainan even pistol air.
Jadi bila ada pistol sendiri, teruja gila Cadbury lah…apalagi menayang la kat
budak-budak lain, Nampak tak keriakkan disitu?
Tanggal 27 mac 2001,
arwah bapak aku meninggal atas sebab-sebab penyakit 3 serangkai. Masa tu aku
down sangat jadi takda benda yang nak diangankan…kalau pasal sekolah tak payah
cerita la pasal aku nombor dua dalam petandingan paling banyak ponteng kelas.
Cikgu aku la yang cakap…suka hati dia ja kutuk-kutuk aku. Huh! Tak kisah pon.
Masa darjah 5 aku nak jadi polis sebab aku tengok pakngah aku kerja polis. Dia
ada bagi topi uniform polis kat aku kononnya sebab aku suka pakai topi
tu..hehehehe memang pon!!! Sampai sekarang aku simpan lagi topi tu. Lepas tu
semakin lama aku membesar, semakin banyak impian aku dan semakin banyak
cita-cita aku. Doktor la, bomba la, cikgu la, pensyarah la, macam-macam la…hati
tak tetap…apa boleh buat kan?...tapi masa sekolah menengah, aku suka tengok
lumba motor GP kat tv. Terus aku minat si doctor Valentino Rossi maybe dia cute
sangat kot. Aku teringin nak jadi macam dia…bawak motor laju-laju. Buat pasal
betul! Setahun lepas tu masa aku
tingkatan 2, aku dapat motor mak aku belikan untuk kesenangan aku pergi balik
sekolah. Bawak pi sekolah siap parking dalam sekolah tu…pengetua pun takda masa
nak check sapa ada lesen ke takda ke.yang penting sampai kat sekolah bukan ke
tempat lain. Lama-lama aku pun lupa pasal nak jadi pelumba…lepas bertahun-tahun
adalah jugak nak jadi pelukis, penulis blog, ahli astronomi, pakar geologi,
pakar itu, pakar ini…berangan baik punya angan, masa form 4, aku masuk kadet
Bomba Dan Penyelamat, dah tu setiap kali ada pertandingan antara pasukan
beruniform, selalu pulak berentap dengan kadet Polis. Semangat nak jadi bomba
datang balik…adalah setahun lebih sampai hujung tahun form 5.
Lepas tu aku apply
nak masuk Kolej Komuniti pasal ada pelajaran Automobile. Ceritanya aku nak jadi
mekanik la pasal…tapi lepas dapat tawaran, mak aku sakit selama 3 bulan…dalam
waktu tu aku pon masuk form 6. Ya lah, dah kawan-kawan semua pergi sekolah
takkan aku sorang-sorang tak belajar. Since Lower 6 until Upper 6, takda apa
pon yang menarik, tapi cikgu-cikgu sporting habis lah! Aku suka. Paling best kalau
ada aktiviti di sekolah, ada saja benda yang nak dibuat untuk kenakan
cikgu-cikgu ni…lepas habis exam, kakak aku yang sedang belajar di Uk, tengah
cari pembantu untuk anak-anak dia. Aku jugak yang ditanya…mak aku pon dah
sihat, aku dibenarkan memulakan pengembaraan di negara orang. Jadilah aku The
Nanny/Babby-sitter kat daerah Hull. 4 bulan 5 hari kemudian aku balik ke
Malaysia, alang-alang takda benda nak buat, aku masuk sukarelawan Jabatan
Pertahanan Awam pada tahun 2011… ala2 hero penyelamat gitu… bulan 7 tahun 2012,
aku masuk Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak selama 6 bulan kemudian
aku sambung buat Diploma Perniagaan di Kolej Profesional Mara Beranang,
Selangor. Dah setahun di situ, mak aku sakit jadi aku pon ambil keputusan
berhenti belajar, balik kampung tanam jagung…
Sekarang dah banyak
tanggungjawab, impian semua terkubur buat sementara waktu. Alang-alang dah ada
blog sendiri, cita-cita nak jadi penulis tu datang balik. Tapi aku takda
bakat…kalau nak bercerita tu ada la…banyak sangat sampai tepu otak aku nak
tampung semua…makanya terlahirlah idea untuk menulis blog.-disinilah aku
mengekspresikan diriku seadanya… (laju laju selajumikieadna)