Gua sangka masuk form 6 ni, semua benda akan jadi senang... Gua tengok kakak2 abang2 KPUS senang je melalui hari2 sebagai calon STPM... Gua nak tahu la jugak apa rahsia diorang... Gua yang baru masuk beberapa bulan sudah macam nak cabut kepala gua basuh2 otak pastu pasang balik sambung kat badan... Sekarang ni bukan kerja sekolah saja yang banyak, kerja untuk pembentangan pon xsiap lagi... Gua xmau la pening2 pikir pasal benda 2 semua.Tapi niat gua nak jadi pelajar yang cemerlang setanding dengan kakak2 gua...
Tuesday, June 30, 2009
Friday, June 26, 2009
Hati yang Rawan...
Ramai kawan2 sekelas gua tinggalkan kelas geografi... Rasa lain macam plak bla gua masuk kelas gua x nampak lagi dah muka diorang... Sedihnya... Gua tau diorang ada matlamat diorang sendiri, tapi gua macam xcaya diorang nak kuar dari tingkatan 6. Gua dah kenal diorang sejak hari pertama gua melangkah masuk ke dalam sekolah menengah sik diorang la kawan diorang la sahabat handai gua... Walau kemana korang akan pergi selepas ini, gua harap lu orang akan ingat gua yang menantikan pertemuan yang akan datang dan seterusnya bersama lu orang lagi... Gua sekarang terpaksa belajar betul2 memandangkan teman2 sekelas yang dah challo 2 gua xkan jumpa lagi wat masa skarang, yang akan datang gua pon xtau lagi.
Sunday, June 21, 2009
Story Di Hujung Minggu...
18 Jun
Gua mendapat tawaran dari kawan gua untuk menyertai kem Anugerah Perdana Remaja... Kmasukan gua dalam kem tu tiba-tiba demi mencukupkan orang... Kat sana memang best giler gua cakap... Semua orang dalam kem tu memang sporting habisss... Hari pertama xda apa yang menyeronokkan... Pada gua hari yang paling seronok pun hari kedua...
19 Jun
Pagi2 lagi fasi dah gerakkan kami semua yang sedap tidur dalam khemah... Maklum la pukul 4 pagi aku dah terjaga pasal budak satu khemah dengan aku, rasanya nama dia Zura dah tepuk tampar dengan nyamuk sampaikan orang tengok dah macam nak runtuh khemah kami tu... Pastu dalam pukul 8.30 macam tu lepas habis senaman pagi, kami dibawak oleh fasi meredah tepian pantai pergi ke tempat terletaknya monumen tentang kubu yang ada kat situ... Lepas habis round keliling kubu kami denda kerana kelewatan kami... Prinsip kem tu one for all and all for one selain mengamalkan kerjasama WONDERPET... Pada gua kem ini memang best... Pukul 9.00 lebih kurang fasilitator kami, Ckg Nasa, Abg Din, Kak Yana, Abg Farez, Kak Asmida dan Abg Nizam bawak kami semua pergi ke Pulau Sayak... Perjalanan dengan kaki mengambil masa yang lama la jugak lebih kurang 1.30-2 jam la jugak.. Pukul 11 pagi kami gerak balik sebab budak2 lelaki kena pergi solat Jumaat... Kami semua melalui tebing2 batu yang ada kat tepi pantai dan pinggir laut... Ada batu yang tinngi dari permukaan air... Seram!!! Gua x sempat habiskan sampai akhir pasal gua pening satu pastu kaki gua melecet... Jalan pon terincut2... Sampai kat kem gua memang tido lena. Petang dalam kol 3 pulak kawan gua gerak gua cakap ada lagi aktiviti... Aktiviti ni melibatkan kompas dan bearing... Memang penat... Grup gua dapat dalam kategori A, aktiviti ni agak mencabar kami semua la pasal boleh dikatakan kami kena cari sejauh 200 meter... Selalunya fasi akan bagi 20-100 meter, hari tu fasi tambah sikit jarak... Sampai ke checkpoint yang ke-3, kami dapat bearing yang salah... Grup gua memang bengang jugak la pasal kami fikir ada yang sabotaj kami, grup gua agak kami saja yang terkena rupanya bila kami panjat bukit, ada lagi grup yang sama kategori dengan kami yang terkena sekali... Sampai pukul 6 lebih kami semua cari x jumpa, Kami balik kem jumpa dengan fasi... En. sempo bagitau kami salah tempat bila dia dengan Abg Din tunjuk tempat yang sepatutnya... Tokojut gua and geng... Penat2 naik turun bukit, rupanya ada kat belakang kem je... Fasi dah bagitau kat kami semua, jangan naik bukit tu pasal ada ular tedung selar... Gua naik atas gua x ingat amaran fasi, janji dapat petunjuk utk checkpoint ke-4. Memandangkan kami yang last, so xda pemenang dan pengalah... Apa yang kami dapat pengalaman semata2 yang orang lain belum tentu dapat... Lepas habis aktiviti, kami di benarkan mandi di laut... Malamnya kami adakan malam kebudayaan yang memang happening giler... Semua peserta dan fasi terlibat...
20 Jun
Pagi tu kami membuat senaman di tepi pantai sambil beriadah... Selapas sarapan, kami diajar cara2 mengikat tali dengan cara yang betul... Selepas itu diadakan pertandingan mengikat tali yang diselia oleh fasi yang berpengalaman... Pada sebelah petang kami bergerak dari sana balik rumah dengan bas... Gua rasa si pemandu tu driver untuk filem fast and furios kot... Semacam je dia bawak bas!
Monday, June 15, 2009
Story At School Holiday..
Salam buat semua pembaca blog gua... Gua dah lama x masuk ke dalam blog gua... Maklumla, gua bizi sepanjang cuti sekolah ni sampaikan gua punya kerja sekolah pon gua x sempat nak wat... Gua ada story skit pasal gua punya percutian... Pada cuti minggu pertama, gua and beberapa orang kawan gua pergi menyahut seruan kelab belia menyertai kem kat Serendah Sekebun Bunga... Mulanya gua ingat soo boring pasal melibatkan kaunseling, at last gua and peserta di beri sedikit ceramah pasal aktiviti yang melibatkan kaunseling... Sedikit sebanyak ada la jugak kesedaran pasal kaunseling kat dalam kepala hotak gua ni... Tapi x sepenuhnya laaaa... Apa boleh buat gua dalam bab-bab kaunseling gua memang di tahap yang paling lemah kaw-kaw punyerrr... Orang nak pikir apa pasal gua, gua x duli janji gua x kacau orang... Minggu kedua pula ada kursus yang melibatkan bebudak dan nurse2 hospital yang nak amik bahagian dalam asas2 komputer... Gua dengan geng seangkatan gua dah janji dengan pengurus punya tempat tu wat kerja yang dia bagi la selagi urat kaki tangan gua boleh wattt... 2 pasal gua punya kerja terbengkalai seperti tapak pembinaan... Lantak la janji dah siap...
Monday, June 1, 2009
SCHooL HoLiDaY!!!
Skarang ni hari ke-2 gua cuti sekolah untuk penggal yang ke berapa gua xtau... Gua pon nampaknya busy la dengan homework cikgu2 yang mengajar gua... Maklum la sekarang gua dalam kategori pra-u, so kerja2 semua tu pandai2 la wat sendiri... Cikgu pon x marah kalau kita x wat kerja tapi takkan selamanya xmau wat kerja kan??? So lepas cuti sekolah gua dan ahli group (betul ke ayat gua?) gua akan membuat pembentangan yang berkaitan dengan mata pelajaran geografi. Masa waktu pelajaran MUET (Malaysia Universiti English Test) gua dan pelajar kelas gua telah diajar untuk memperkenalkan diri di hadapan pelajar... Kata cikgu ini tujuan untuk membantu kita supaya x rasa gementar... 