Sekarang
dah bemula musim buah-buahan tempatan. Angin semilir dari kaki bukit yang
berdekatan kala petang menjelma ini
buatkan aku teringat waktu musim buah tahun lepas. Menunggu kedatangan si ‘anak
emak’ku saying yan sorang tu datang melawat. Bila dah sampai ada saja benda nak
dibuatnya. Apalagi aktiviti mengait buah manggis lah. Aku ingatkan mengait
pakai galah panjang, rupa-rupanya dia yang jadi galah kat atas pokok. Huh!
Takda can-malican aku nak naik. Katanya itu lah pertama kali panjat slepas 20 thun
yang lalu. Huhu lamanya…kerja punya pasal…dia sedap memanjat, aku pulak yang melangut kat bawah pokok tunggu
buah jatuh. Nak la jugak merasa jadi monyet jadian kat atas nun…huh! Ada tetamu
makanya, bersopanlah seadanya…
Digoncangnya
dahan pokok manggis dengan melompat-lompat, aku yang tunggu di bawah kena lari
sebab buah manggis kalau jatuh atas badan memang la sakit yang amat bersesuaian
dengan kulit yang keras. Itu belum lagi dengan warna kulit dia. Bak kata
pepatah, hitam-hitam si tampuk manggis, makin hitam makin manis.aku jugak la
yang letih sebiji-sebiji nak dikutip. Kalau kena yang buruk dah kira rezeki
untuk binatang. Dua jam di bawah pokok mengutip sorang-sorang, dia pon turun
tolong kutip. Ada la lebih kurang sekampit beg plastik beras. (aku kira pakai
beg plastik beras pasal dah memang guna plastik tu).
Sekarang
dah jadi kenangan sebab dia dah bertolak ke luar negara untuk sambung kontrak
kerja yang tertangguh sebelum ini. Musim buah tahun depanlah nak
tunggu dia balik pulak nak makan buah sama-sama.
Cerita
yang sama pada tahun 2012, waktu tu aku dah ada di Malaysia lebih kurang tiga
empat bulan macam tu. Malas tu masih lagi ada, buata alasan konon- kononnya jet
lag. Itu namanya pemalas…apa punya alasan la. Kesnya rakan sekutu kebanyakannya
sambung belajar, yang selebihnya bekerja. Tinggal la aku melepak melalak
sorang-sorang di rumah…mak aku pulak, ada saja benda yang nak disuruh, jadinya
disuruhnya aku bawak tikar lipat yang orang selalu bawak pergi berkelah tu
bentangkan di bawah pokok manggis…ceritanya memang berkelah la pon.alang-alang
cita-cita aku nak memanjat pokok masih ada dalam diri tak hilang-hilang lagi
makanya aku cubalah nak panjat jugak malang bagi aku dahan pokok yang paling
rendah sama paras dengan kepala aku. Hmmm…harapan nak jadi monyet jadian tak
kesampaian jugak. Menung sajalah tengok orang lain yang panjat
pokok…takpa-takpa lain tahun aku bawak tangga terus pergi panjat pokok.
Itulah
cerita dolu-dolu dah tinggal kenangan. Sekarang keadaan semulajadi yang ambil
alih mengubah keadaan pandangan geografi mukabumi. Masuk pulak pasal geografi
lahh!! Hutan belukar pulak yang ambil alih memanjat pokok-pokok di sekitar
pokok manggis. Kalau nak suruh aku ushar sorang-sorang memang tak la kan…salah
satunya, waktu musim buah ni lah binatang liar banyak ushar manusia. Binatang
yang paling banyak dalam tu dah semestinya binatang yang tengah glamour waktu
ni…cerita dna dia ada dalam Cadbury la tu. Lepas tu adalah pulak cerita momok
harimau kumbang pon turun mencari makanan waktu musim buah ni. Itu belum masuk
lagi cerita beruang la, harimau belang la, lutong la, ular la, macam-macam
la…biasalah tu kampung aku merupakan salah satu diantara berpuluh-puluh kampung
yang tinggal di pedalaman, berdekatan dengan bukit bukau dah hutan tebal, itu
belum lagi masuk belantara…macam-macam ada. Line telefon pon kadang-kadang ok,
kadang-kadang tak. Depend on cuaca…tapi apa yang penting masih ada sawah padi,
sungai, parit dusun dan sebagainya…the best view in the world. Walaupun sejauh
mana kita pergi, tanah tumpah darah tempat bermain tetap akan kita kembali. Aku
bangga jadi anak kampung yang sempat merasa angin segar dari bukit, kalau waktu
lepas hari hujan lebat, dijamin kabus akan muncul ala-ala seperti di kaki
gunung gitu!
Apa-apa
pun sekarang musim buah…sesiapa yang tinggal jauh-jauh tu rajin-rajin la balik
kampung. Pokok tengah lebat berbuah ni kalau lambat nanti habis…