Monday, November 5, 2012

Semakin Jauh... Semakin Sedap...

Boleh dikatakan bila aku duduk kat bandar nih, selalu jugak la aku jalan-jalan dengan bajet yang ala kadar...faham-faham la student college... Berapa lah sangat yang ada dalam poket tu kan...duit makan pon belum  tentu lepas inikan pulak makan angin. Bila ada lebihan-lebihan bajet baru la dapat merasa makan angin puas-puas sampai kembung perut. Bila duduk sini semestinya la pengangkutan utama adalah bas dan kereta api...hmmm kereta api??? KTM Komuter senang citer. KTMB ni jarang sangat nak naik. ~nada bisik~ Mahal.. Lagipun bukan nak jalan jauh-jauh sangat...sekitar kawasan Selangor jugak.
Aku tanak la cerita pasal kereta api nih...cerita kereta mainan kat rumah pon tak sape yang nak dengar inikan pulak cerita kereta api yang banyak dah kat Malaysia ni..itu belum lagi campur dengan kereta api bawah tanah yang baru nak dibangunkan...banyak sangat aku pon boring jugak...
Yang aku nak cerita sebenarnya bas...ialah bas la...takkan lori pulak. Aku story bab lori kang muntah hijau pulak korang. tapi ni bukan la bas yang aku selalu naik dari kolej aku ke Kajang nuh...Ni cerita pasal bas ekspres...bas yang selalu aku kena bayar mahal-mahal, hantar aku dari selatan ke utara pastu patah balik dari utara ke selatan kadang-kadang jalan sampai ke pantai timur...hahahahaha...korang ingat aku jahat sangat ke...save budget la nak jalan-jalan pon...Ada sesetengah bas yang aku suka, ada jugak yang aku tak suka...Nak tahu apa yang aku suka?? Mesti la aku suka tempat duduk dia. Masakan aku nak menyukai enjin dia..kerna aku tak bisa mem'pomen'kan enjinnya...
Dalam banyak-banyak bas yang aku naik, ada satu bas yg 1st time aku naik dan aku rasa macam nak naik lagi...korang pergi mana-mana pon korang cari je bas KONSARTIUM..aku suka pasal seat bas ni boleh diadjust sendiri mengguna button yang ada kat seat tu jugak. Aku tak tahu la bas ni ada tak kat sekitar sini...~nak kena ushar ney~ lagi 1 kelebaran seat dia memang tak payah cakap memang muat untuk body aku menggeliat sana sini hehehehe ~agak tak senonoh disitu~ tapi demi story ni layan je lah korang ye...ada jugak bas lain contohnya SERI MAJU. Seat dia pon best jugak tapi tak sesedap seat bas tadi la..lagi satu MAYANG SARI...Korang kalau nak cari bas yang laju ~hehehehe bukan laju sangat~ korang boleh ambik S.P BUMI pasal dia boleh dan berkemampuan untuk memotong bas-bas lain..banyak bas sekarang yang mempunyai seat yang luas untuk tidur..aku just story berdasarkan pengalaman aku turun naik bas dari utara ke selatan dan jugak ke ibu kota...bukan aku yg tentukan kesedapan seat sesebuah bas.

Thursday, November 1, 2012

Percaya padaku... juga sayangku..

Apa yang korang akan rasa bila seseorang penyarah akan cakap korang merupakan salah seorang yang bakal fail dalam peperiksaan…korang mesti terkejut, sedih, and of course korang akan marah jugak ye tak…seolah olah dia tolong mendoakan ke’fail’an korang dalam peperiksaan…tapi bila difikir fikirkan balik korang mesti ada buat something wrong somewhere dengan dia…cuba korang fikirkan semula apa kesalahan yang korang dah buat kat dia. Agak agak korang apa kesalahan korang kat pensyarah korang ye… 
 Itulah yang terjadi kat aku sekarang ni…maybe jugak salah aku yang selalu tak masuk kelas dia, tak ambik pusing apa yang dia ajar…apa yang dia ajar aku buat sambil lewa dan apa yang dia cakap masuk telinga kiri kanan, keluar ikut mulut. Aku kan budak nakal. Sememang aku ni banyak mendatangkan masalah pada semua orang yang berada sekitar aku haha L… bukan niat aku nak buat macam tu. Aku berusaha untuk memahami apa yang dia ajar tapi cara yang aku pilih tu tak dapat aku ikut sepenuhnya. Kadang kadang aku hairan macam mana orang bijak pandai belajar. Walaupun banyak main main sampaikan diorang sendiri boleh diketegorikan manusia yang paling bermasalah tapi bila waktu exam dialah manusia yang membanggakan pensyarah pensyarah dia.
Aku cuba ikut macam tu jugak tapi tak boleh sebab aku adalah speisis manusia yang kena menghadap buku jugak kalau nak dapat markah dalam exam. So aku boleh dikategorikan sebagai somebody yang lemah dalam akademik. Aku bukan datang dari golongan yang bijak pandai mahupun genius. Dan aku tak mampu seperti itu. aku sekadar mencuba nasib untuk jadi macam mereka yang dah berjaya...
Korang patut bahagia kalau korang dapat menjadi kesayangan pensyarah korang kerana pensyarah korang atahu apa kelebihan korang dan apa kekurangan korang. Event ada somebody yang jealousy dengan korang, pedulikan sebab dia sendiri mahukan perhatian jugak daripada pensyarah. Seharusnya korang bersyukur dengan apa yang korang dapat. Tapi janganlah bangga dengan apa yang korang ada.. nanti Tuhan tarik balik baru korang tahu erti penyesalan.  

Bagi aku, aku tak layak mendapat sebarang perhatian daripada guru, pensyarah atau sesapa la. Aku tak layak sebab aku tak mempunyai sebarang kualiti yang diperlukan..hahaha sangat touching kan ayat aku ni..wekkk!! aku kesah ke? Hahahahaha..hidup ni sangat mencabar. Perlu bersaing untuk menjadi yang terbaik dlam setiap segi walaupun benda tu adalah remeh seremeh remehnya…cabaran dalam hidup ni bila nak melalui setiap dugaan dengan penuh kesabaran..

Tuesday, October 30, 2012

SURAT UNTUK AKU...

Dulu-dulu masa aku kecik kecik kan... Aku selalu nampak kakak kakak aku akan dapat sepucuk surat tak kisah la dari kawan kawan ke, jabatan pengajian ke, dari teman teman ke, tak pun teman tapi mesra... Masa tu bila aku tengok muka diorang bila dapat surat, sungguh menampakkan muka yang sangat bahagia... Aku sendiri pun jelous dengan kakak kakak aku nih... Iyalah memasing dapat surat nak-nak plak time raya ke, cuti sekolah ke ataupun selalunya waktu nak kenduri kahwin la yang selalu sangat dapat surat.. Yang aku ni pulak, sedih je sebab mengharapkan seseorang akan hantar sepucuk surat untuk aku..aku pon nak jugak hahahaha.. (sangat aku tak menyukai keadaan seperti itu =0)...
Dan tiba la masanya aku masuk ke alam persekolahan menengah rendah...biasa la kan bebudak form 1 sampai form 3 bukan setakat belajar apa yg cikgu ajar...siap mengeja dengan tau maksudnya sekali... Time tu, aku peduli hapa...lantak korang la sampai tunggang langgang pon janji tak kacau aku... Masa tu halamak...hantar surat pakai posmen karat ajak jumpa bawah pokok la, tepi bangunan sekolah la, itu belum lagi campur jumpa kt luar sekolah, kadang-kadang aku jadi gak tukang escort.. Untung kau tau...nak makan ditanggung beres...Sesaja gatal gatal hehehe... Aku tengok pergh!! Bahagia sungguh haih! Tapi aku nak heran apa..biasa la kan cinta monyet orang kata... Ada jugak aku dapat tapi budak budak nak jadi adik beradik angkat dia..halamak! Aku tak minat nak berangkat angkat ni... Kalau nak jadi kakak angkat aku kena tunjuk contoh yang baik, tapi tu bukan style aku hehehe... Selalunya aku dengan kawan baik aku ni ada rancangan yang under control... So tak boleh la jadi baik sangat. Tapi yang bestnya, waktu nak dekat hari raya kitaorang still lagi kena pi sekolah, so member member yang rapat dengan aku mesti bagi kad raya sekali dengan duit raya hehe untung kau..
Masa cuti sekolah form 5, baru aku baru dapat surat rasmi daripada kementerian pelajaran untuk masuk ke kolej komuniti dalam bidang automobil. Time tu memang la nak pi sangat sangat tapi ada pulak halangannya...takpa la...lain kali je la...sejak daripada tu la aku selalu sangat dapat surat sampai aku pon jemu tengok... Mau tak jemu semua surat daripada kementerian pelajaran...surat cinta tadak main na... Zaman sekarang just sms if u want to tackle somebody bak kata member aku haha..stylo la sangat tu.. Kebanyakan surat sekarang just nk bagi surat tawaran je..itupon print dari tenet...orang jarang dah nak guna surat nak mukadimah ni ha…

APA YANG AKU DAPAT DI SINI...

Baru baru ni aku ada la naik bas...memang kat tempat aku ni disediakan kemudahan untuk berulang alik antara satu tempat ke tempat lain dengan bas. Ada jugak teksi dan kereta sewa tapi kalau rasa rasa bajet tu dah cukup sangat boleh la pilih menatang tuh...Tempat aku yang tinggal sekarang ni ofkozes la kawasan Selangor kan... nak pulak agak kedalam sikit so ada la kezutan budaya jugak...maklum la tempat orang...tempat jatuh bangun dikenang inikan pulak kalau tempat makan dan tidur...memang dikenang la.
Tempat aku ni nama dia Beranang sempadan dengan Seremban. Kalau orang nak tahu la kan daerah ni dekat Semenyih tak jumpa jugak kat dengan Kajang... Kalau tak tahu Kajang korang tengok je la peta Selangor tak jumpa, carik je dalam peta Malaysia tak jumpa jugak, Google Map kan ade taip je kat situ..kalau tak bleh bukak, mintak tolong orang kalau tak boleh jugak korang bakar je la handphone android korang tuh...kalau bab Facebook bleh je bukak tapi kalau google loading selalu... 
Okeh aku punyer mukadimah dah panjang berjela nih..kang ada pulak yang pengsan muntah muntah bagai bila baca ayat aku nih..tempat aku tinggal ni penuh dengan warganegara Malaysia dan jugak warganegara asing..ofkozes la kan Malaysia ni kan satu satunya negara yang menjadi punca pendapatan mereka. Lubuk rezeki...daripada yang halal sampaikan yang tak halal pon ada jugak..Bukan nak kutuk tapi itu la kenyataan sebenar. selalunya aku guna bas la kalau nak ke Tesco Semenyih tu atau nak ke Pekan Kajang. Kedudukan pekan Kajang yang jauh tu selalu membuat aku jadi suka mengushar manusia manusia asing nih...
Satu benda yang aku tak suka bila naik bas ni ialah bila time aku bawak beg 'mendaki gunung' aku tu feeling semacam je bila sesetengah manusia dalam bas pandang aku atas bawah atas bawah...mata ko dah juling ke sakit mata??...memang la kan kalau korang nak tolong aku silakan la tolong...tapi kalau takat nak tolong tengok please la...ko tengok je la awek kat sebelah ko tu...memang aku kena tahan panas je la duduk dalam tu..jangan sampai aku mengushar balik naya je jadik...hilang pahala aku nanti..cari gaduh plak gaya aku tu...tapi kan sebetulnya aku tinggal kat sini baru je nak masuk lima bulan terasa aku duduk kat negara asing...iye la hari hari aku jumpa warga Vietnam, Indonesia, Bangladesh banyak lagi la. So struggle hehehe... Nama pon merantau ni la jadiknya...


Monday, October 22, 2012

Work As A Cleaner

Ini apa yg aku selalu dengar, lihat dan analisis… wah kemain you analisis… kebanyakan orang selalu memandang makcik-makcik, pakcik-pakcik dan akak-akak cleaner sebagai satu benda yang menjijikkan… please la kalau diorang ada peluang dapat kerja lain aku rasa semestinya diorang takkan kerja sebagai cleaner… iyalah sapa la sangat yang nak kerja macam tu…kadang2 orang kerja macam tu pon maybe disebabkan terpaksa, dipaksa atau kena paksa.. ada la jugak yang rela but maybe paksarela..kerja berat-berat tapi upah sikit sangat…kesian kan… sedangkan orang yang kerja dalam pejabat duduk bawah aircond  dapat gaji beribu-ribu…sangat berat sebelah you…dah elok-elok kerja macam tu merungut pulak gaji tak cukup la makan tak tentu la..apa lagi?? Macam-macam la sedangkan acik-acik cleaner ni nak dapat sesuap nasik pon kerja berjam-jam dari pagi sampai petang kadang-kadang nak duit lebih amik lajak sikit kerja sampai malam (maksud aku over time la)…ish 3x…tak bersyukur sungguh…please la kerja tu biar la ikhlas supaya gaji yang dapat tu jadi berkat. Ni kalau tangan bergerak + mulut yang berbunyi acaner ni? Kalau tanak kerja macam tu tak payah la kerja bagi je kerja tu kat org lain. Ramai lagi yang nak kerja cam tu. Rasa-rasa kalau kerja tu tak mencabar la..apa la kan.. cer try kerja clener baru korang tahu apa itu erti kesabaran. Silap-silap korang balik rumah boleh menangis sebab tak tahan kerja cleaner ni.. kalau korang kerja bagus esok-esok kena puji tapi kalau korang kerja macam hantu jangan kata esok…hari tu jugak la korang boleh kena maki. Korang akan tahu erti penyesalan yang sebenar. Acik cleaner ni pon aku rasa manusia yang paling tabah kat dunia ni nak layan kerenah orang yang berbagai-bagai ragamnya. Thankful to Allah because He give you the strength.

Wednesday, October 10, 2012

Makin lama Makin Penin..

Blog??!! hmmm definitely its about blog...so what about that hmm?? hehehehe sorry for reader kena baca broken English at the first paragraph...This is just the beginning...macam biol ja kan ayat aku...ntah apa2 terus nak buat orang suspen...okeylah storynyerr..aku bukan jenis celik blok...(mana bahasa yg aku dapat jangan tanya sebab secara jujurnya kawan2 aku ramai yg gila bahasa) full stop. Aku jadi penggila blog since aku maybe in form 3 @ form 4...maybe jugak disebabkan pengaruh kakak aku yg jugak blogger. Aktif tak aktif aku tarak tau...
Motifnya dahulu adalah nak meramaikan kengkawan tapi masa 2 aku sajalah yg mampu untuk berblog sedangkan orang lain sudah menjangkau berfacebook dan bermyspace... Derr!! Aku pon ada tapi aku tak teror dowh...so bila aku dah rasa agak mampu untuk ber segala ber, aku terlupa akan blog aku yg satu ini... (bunyik macam aku ada banyak gilerr)..By the way sikalang aku dah berkeinginan nak update segala jenis data2 yang terkumpul dalam memori minda aku untuk di upload ke dalam blog...
Yang menjadi masalah aku adalah....muka blog dah bertukar jadi baru...so aku too bengang sesangat sebab aku tak pandai guna... dah 2 nak mengelakkan masalah MENYUSAHKAN orang, aku sendiri bukak "saluran anda" untuk cari segala cara nak tukarkan rupa asal blog ni...alih2 lain pulak yang jadi...tapi...... seyes aku cakap agak cun pada mata sebaris aku ni..walaupon orang lain merasakan agak chaos... yang pasti 'ADA AKU KESAH KER?' sekian untuk hari ini...

Saturday, March 3, 2012

Kenangan Sebelum Raya

Di malam yg indah nian suci selepas berbuka puasa lebih kurang pukul 8.30 malam, hari Khamis, berkejaran jugak la aku ke rumah kawan aku yg tinggal hanya beberapa kilometer dr rumah aku untuk menyiapkan koi (bahasa standard ialah kuih) terakhir…malangnya malam itu, kami kehabisan susu tepung yg menjadi salah 1 bahan wajib bg menyediakan koi “suci dalam debu”. (idea sapa la bubuh nama koi macam 2?) di kala bulan mahu menjelmakan dirinya, aku & dia bergegas ke kedai menaiki motosikal apabila hujan berhenti…halamak ayat x menahan la plak…sememangnya malam 2 hujan rahmat sungguh. Rahmat untuk aku la…Semasa on the way 2, motor yg dibawak kawan aku terpeleot @ tergelincir almaklum la jalan licin lepas hujan2 cam2…maka dengan ini aku sempat terasa diri aku terbang melayang menjadi superman sekejap then landing atas jalan tar yg menggerutu mnyebabkan kulit aku yg mulus (mulus la sangat) calar balar…luka la senang cerita..nasib kawan aku yg sorang 2 x diketahui. Apa yg aku tahu bila aku bangun dia sudah tegak berdiri..sakit x payah cakap memang x terkata…malu punya pasal tahan je la…dek takut kena marah dengan orang tua dia, dia bawak motor dia skali dengan aku la pegi pejabat JPA ( Jabatan Pertahanan Awam)…ada kbaikan jugak bila masuk sukarelawan JPA ni. Kawan aku xda la luka teruk macam aku Cuma calar2 sikit je..Baik punya sakit, brother 2 cuci luka aku guna dettol, sapu iodine pasti bubuh krim (nak kena Tanya pkcik 2 la krim apa dia guna) dah 2 siap! Bkan apa, dapat rawatan percuma walaupn x sama mcam hospital.. tapi skurang2nya org yg dirawat xda la dilayan teruk mcam kt sesetengah hospital..bukan nk kutuk tp nak gosip je, brdasarkan pngalaman aku yg lepas2 masa xcident jugak (memanjang xcident…x paham aku). Lepas dapat rawatan free, kami pn balik rumah kawan aku ni lebih kurang pkul 10 malam…Lepas 2 apalagi masuk bilik tukar baju sambung buat koi..sakit pon sakit la janji koi siap…Ada aku kesah..Janji aku bahagia…huhuhu. Keesokan pagi aku x berani nak balik rumah lagi pasal takut kena marah berserta taklimat & amanat oleh mak aku la…Tengah sibuk2 aku dok merancang nak merangka ayat2 untuk ‘mengayat’ mak, tiba2 kakak aku telefon & macam biasa menyuruh aku balik rumah as soon as possible bahasa mudahnya sekarang la… Sampai ja kat umah kakak aku sudah perasan kotoran kat jaket aku hasil stunt memalam hari…kakak aku yg sorang ni macam tau2 plak aku xcident siap boleh tanya aku lagi..huhuhu kau memang terbaaeekk la sis…Aku cadang nak cakap ja kat mak aku xcident tapi x payah cakap la mak aku akan tanya straight to the point kenapa balik lambat janji pukul berapa la ni dah pukul berapa? Aku pon cakap dengan susah hatinya, terlajak tido…(jangan sesekali bohong mak tau, berdosa). ok lagi la, lepas 2 ayat kedua, kenapa baju aku kotor maka dengan selambanya aku berkata xcident smalam… Mak apalagi dengan muka yg separuh terkejut mesti akan tanya jangan kata mak aku je, mak2 org lain pon sama jgak akan tanya bila, kat mana, dengan siapa, dengan apa, langgar orang ka… Alahai nampaknya aku kena terangkn kt mak aku 1 persatu apa yg jadi.. hehehe.. apa boleh buat…nasib la.Pengalaman aku xcident yg sudah2 membuat mak akan lebih x bagi aku keluar kerap sangat tapi aku tetap keluar jugak (jangan jadi mcam aku ni, x makan nasihat punya orang).mak cakap A aku cakap B, mak ckap B, aku putar ayat bin putar alam jd A… dengan aku sekali la mengajar aku supaya jangan sesekali langgar kenderaan org (memang x boleh pon) sebab leceh la nak kena pergi balai polis buat report la, tunggu saman la, dah 2 nak kena pergi syarikat insurans plak nak claim untuk xcident 2 (yg ni kes xcident aku tahun lepas & 2 tahun lepas)… Sangat banyak kerja kena buat, macam nak tobat dah xmau xcident2 ni, malangnya xcident jugak…Orang kata bila selalu sangat xcident, nanti kalau xcident lagi x la cedera teruk sangat macam patah ka melecur ka, tersiat kulit ka atau apa2 je la yang boleh menyebabkan kecacatan seumur hidup dan mati.. sapa la yang cakap macam 2? bagi aku sama je buktinya tangan aku sampai sekarang masih lagi sakit dan ada lagi parut…Sakit mau ada…Tapi aku tetap berhati2 lagi kerana kemalangan ada di mana2…

Chop...Chop...Ajinomoto. Ini cerita aku pasal chopstick...bukan chickenchop @ lambchop jauh skali la chupa chup (lollipop punya cekelat-motif aku bubuh dalam ni sbab terkenang waktu di skolah)..masa aku muda2 dulu ala kanak2 rebina la katakan...bleh dikatakan aku minat gila dengan kayu chopstick...sebab apa aku minat, gini ceritanya...ada 1 ketika aku terbaca dalam majalah yg x dapat disebutkan di sini sebab x brapa nk femes sangat...dalam 2 dia ada kata kajian yg menunjukkan seseorg yg makan menggunakan batang chopstick mempunyai otak yg cerdas dan cergas skaligus dapat mmbantu meningkatkan penggunaan otak sebelah kiri yg berkaitan dengan xtvt kira2 nombor...(betulkan aku kalau salah...), selain 2 dapat membuatkan otak berfikir makan mggunakan chopstick mampu mengurangkan berat badan sekaligus mmbantu mengenyangkan perut... menurut kajian la...aku x kata pon...makanya pala otak aku pon brpikir secara otometik..agak2 itu sebab kot orang cina terer bab kira2 matematik ni...iyalah makan dengan mggunakn chopstick..rasa2nya itu la motip yg berlaku terhadap diriku..Bleh dikatakan bila saja kak aku balik kg dia akan ajak jugak aku beli barang2 kt pasaraya2 besar, aku pon mesti follow jugak pasal bersebab. Aku selalu jalan sesorg ushar kat bahagian jual kayu chopstick, happynya aku bila tengok bnda alah 2 yg brmacam corak.. kalau dh gila katun smpai ke tua pon tetap gila katun jugak jd aku pilih la yg corak agak katun skit...konon2nya nk makan nnti mesti syok sebab ada corak katun2..time 2 plak aku ni pelajar lg, ofkos la kak aku yg kena bayar hehehehehe...bila balik umah ja, dengan semangat yg menuju puncak aku rasa mcam nk guna chopstick, cuba la try test kata org guna batang kayu 2 tapi haram x reti nak pegang...asal salah pegang ja terpelanting..kalau sekali dua xpa tapi kalau dah berkali2 x boleh jugak, angin la aku pon...habis terbang hilang smangat aku yg berkobar2 nak makan guna chopstick, alih2 kayu 2 aku buat main2 cucuk sanggul kt sesapa yg ada rmbut panjang (time 2 aku rmbut pendek jd nk buat sanggul x boleh tapi kalau garu kepala boleh la) hak3...dah tentu2 la rmbut mak aku yg brsanggul jd mangsa keadaan aku..mk aku pulak memang pantang betul dengan aku yg suka kacau sanggul dia hihihii...aku mesti kena marah tapi marah2 pon xpa aku lg suka...marah itu tandanya sayang kn..kn..kn...akhirnya jadi la hiasan dalam lemari buruk aku..berbulan2 aku biarkan dia dok dalam 2..apa yg aku tau ada org dh kacau chopstick aku, sebatang dh patah yg sebatang lg hilang x dapat dikesan..sedih... 2 tahun kemudian, aku beli plak yg ada corak bunga2...niatnya nk buat koleksi tapi harga dia jgn cakap la. (bg aku time 2 memang mahal sebab aku kena bayar sendiri, tapi kalau kak aku yg bayarkan murah la jadinya)...ish3...kedekut betul..kali ni memang aku x benarkan sesiapa pon sentuh chopstick aku. Sambil2 aku kmpul duit nk beli yg baru, aku belajar cara2 nak guna..walaupon masih amatur x sampai tahap pro seantero dunia, tapi kalau takat nk makan meggi, xdak hal la. Kacang tanah je...kacang2 pon bila pegang meggi skit, trpelanting gak..aku bukan jenis mudah mengalah tau...cuma semangat aku ni jenis kejap ada kejap xda...mcam kuih tart nenas (tetiba trpikir pasal tart nenas)..sehari je brsemangat lepas 2 brtahun2 semangat hilang..cakap je lebih berbuih2 nk buat koleksi lah apa lah cam harammm..alih2 aku biarkan dia macam yg dulu 2 dalam lemari aku sampai brkulat jadinya...memang nasib kau la chopstick dapat aku jadi tuanmu..Then kira2 dalam tahun ni jugak aku jd peminat yong taupu yg tegar...aku xtau apa sebab sangat obses dengan yong taufu sedangkan taufu fa sedap lg brkhasiat dulunya feveret aku pon aku dah xlalu makan. Memilih jugak perut aku ni ya.. Boleh kata 2 mggu skali aku beli la yong taufu kt pasar malam..nk makan smggu skali payah skit la sebab bajet x mencukupi dengan harga barang pon dah naik. Dah beli 2 bukannya rm10 @ 20, mesti la lebih mengikut kadar bilangan isi rumah kan..makanya aku pon teringat la kat chopstick aku yg jadi pameran 2. datang plak idea dok toink toink dalam minda aku, nk makan yong taufu guna chopstick..apalagi, sampai2 kt umah, aku cari chpstick then aku sental habis habisan kotoran yg ada kat kayu chopstick termasuk kulat sampai brkilat2 aku buat...(ni chopstick yg mahal ya bukan cop murahan pakai buang punya)...lalu setat daripada itu la aku mkan yong taufu guna chopstick sampai sekarang.. Baru la aku tahu rupa2nya aku ni jenis mudah terpengaruh jugak dengan kajian yg dilakukan hak3...nasib la ada manusia macam aku ni...hehehehehe