Wednesday, April 24, 2013

TARIKH LAHIR DAN MAKNA

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata.. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

Thursday, March 14, 2013


Senyum kenapa senyum? Apakah aku perlu menukar perkataan ‘SENYUM’ menjadi “MASAM”? oh nosh…it can’t be…why? Because now day, nobody want to smile for each other… how can be? Tangan didada mata ke atas..Loh!!!
Ceritanya bermula begini.. One day, when I round round the board..(opss!! Wrong way) I’m try asking the right way kat somebody hamba Allah (wow! Speaking celup + rojak BM..rosak bahasa jiwa bangsa).. sudah la berpeluh aku dibuatnya cuaca panas senyum pun idak…pueh aku senyum kat dia ada la lebih kurang 5 minit, sampaikan pipi aku yg montel lagi tembam ni kebas aku senyum jugak… senyum punya pasal, apa da hal kan…kan… janji ikhlas..(ada cakap ikhlas ni kita tak boleh ukur sendiri tapi hantam saja luncai.. alright back to the story)..dia ni pulak dengan from his face, agak manis la pada pandangan aku…(mesti mengata kat aku kan..macam takda org lain dah..ye ark? Confirm) bak kata hati aku la kan..kita tanya yg paling dekat dengan kita..alang-alang selisih sebelah takkan tak boleh tanya kot. Tapi sayangnya alahai…dia tak menggunakan kuasa kemanisan muka dia untuk menarik perhatian aku..(nak jugak tu kekekeke) sudah la tak senyum, muka masam plak tu…dah macam kena sembelit jew. (boleh tak macam tu?)
Aku bukan nak kutuk apa sangat tapi cuba la hargai seseorang yang tengah senyum dengan manisnya kat kau. Panas nih!!! Kalau nak cakap kau tu model tak pulak aku pernah jumpa model mulut keras sampai tak boleh senyum. At least senyum plastic ka, hipokrit ka, Sanskrit ka, kurang-kurang dia senyum jugak. Kau ade? Takde kan..kan…menurut pandangan mata aku dia ni pun nampak muda lagi, gaya melambangkan macho mutu keunggulan (matured) tapi muka dah ada kodut kodut dogey. Suka sangat buat muka berkerut..(mak aku cukup pantang marah, takmau muka banyak kedut..skarang hasilnya nah! Umur 58 tahun tapi nampak awek muda hakhakhak..puji mak sendiri takpa sapa tahu, kot-kot dapat cium bau syurga..)tapi betul la mak aku cakap…sekarang aku pun banyak belek muka aku sebab aku dah perasan sikit-sikit kedut…Kubur kata mari, rumah kata pergi.. tapi kalau ada manusia yg senyum kaku tu aku tak berani nak cakap..ngeee…macam-macam peel orang.
Dalam nak kutuk peel orang yang nak tak nak senyum ni ada pulak satu lagi peel yang kadang-kadang buat sakit mata, sakit hati dan sakit tangan. Sakit mata bila tengok perangai orang tu…sakit hati bila buat perangai tak serupa orang…sakit tangan bila bagi dia rasa lima kupang..sedap lekat tak hengat perit tapak tangan kat pipi. Padan le muke die…packet muka kedut kedut gatal merenyam ngan fomfuan tak hengat dunia. Sengih sengit tahap gaban boleh la terima takpa senyum jugak demi menjaga keharmonian masyarakat tapi kalau dengan tangan sekali nak merayap memang la merasa sedapnya tamparan menusuk kalbu tu. Ada ka patut naik bas yg tengah sarat macam sardine dalam tin, yang tangan tu pun takleh nak senyap sibut jugak nak busy sekali…harus la terima nasibnya kalau dah terjumpa tangan yan suka bagi makn penampar Indon…baru terasa keenakannya.. cantik gitulah!!
Jadi…senyum la sikit walaupun tak ikhlas sekurang-kurangnnya akan buat orang lain tersenyum…tak rugi pun senyum kat orang lain…dan tak kena bayar. Percuma senang-senang dapat pahala sedekah bukan susah pon…kalau seksa jiwa sangat buat la macam ni…letak jari telunjuk di kiri dan kanan di tepi bibir kiri dan kanan kemudian tarik perlahan-lahan kearah kiri dan kanan.. tetap akan nampak senyum walaupun robotic.  See. Nothing cannot happen. Oh! My Broken English!! Tapi kalau jumpa manusia speisis macam tu, angkat tapak tangan siap-siap kot ada harapan nak bagi percuma …hehehehe.. Bukan salah ibu mengandung tapi salah…(pandai-pandai la korang sambung ayat tu ye…tak kuasa teman nak menyambungnye..)