Sunday, June 21, 2009

Story Di Hujung Minggu...

18 Jun
Gua mendapat tawaran dari kawan gua untuk menyertai kem Anugerah Perdana Remaja... Kmasukan gua dalam kem tu tiba-tiba demi mencukupkan orang... Kat sana memang best giler gua cakap... Semua orang dalam kem tu memang sporting habisss... Hari pertama xda apa yang menyeronokkan... Pada gua hari yang paling seronok pun hari kedua...

19 Jun
Pagi2 lagi fasi dah gerakkan kami semua yang sedap tidur dalam khemah... Maklum la pukul 4 pagi aku dah terjaga pasal budak satu khemah dengan aku, rasanya nama dia Zura dah tepuk tampar dengan nyamuk sampaikan orang tengok dah macam nak runtuh khemah kami tu... Pastu dalam pukul 8.30 macam tu lepas habis senaman pagi, kami dibawak oleh fasi meredah tepian pantai pergi ke tempat terletaknya monumen tentang kubu yang ada kat situ... Lepas habis round keliling kubu kami denda kerana kelewatan kami... Prinsip kem tu one for all and all for one selain mengamalkan kerjasama WONDERPET... Pada gua kem ini memang best... Pukul 9.00 lebih kurang fasilitator kami, Ckg Nasa, Abg Din, Kak Yana, Abg Farez, Kak Asmida dan Abg Nizam bawak kami semua pergi ke Pulau Sayak... Perjalanan dengan kaki mengambil masa yang lama la jugak lebih kurang 1.30-2 jam la jugak.. Pukul 11 pagi kami gerak balik sebab budak2 lelaki kena pergi solat Jumaat... Kami semua melalui tebing2 batu yang ada kat tepi pantai dan pinggir laut... Ada batu yang tinngi dari permukaan air... Seram!!! Gua x sempat habiskan sampai akhir pasal gua pening satu pastu kaki gua melecet... Jalan pon terincut2... Sampai kat kem gua memang tido lena. Petang dalam kol 3 pulak kawan gua gerak gua cakap ada lagi aktiviti... Aktiviti ni melibatkan kompas dan bearing... Memang penat... Grup gua dapat dalam kategori A, aktiviti ni agak mencabar kami semua la pasal boleh dikatakan kami kena cari sejauh 200 meter... Selalunya fasi akan bagi 20-100 meter, hari tu fasi tambah sikit jarak... Sampai ke checkpoint yang ke-3, kami dapat bearing yang salah... Grup gua memang bengang jugak la pasal kami fikir ada yang sabotaj kami, grup gua agak kami saja yang terkena rupanya bila kami panjat bukit, ada lagi grup yang sama kategori dengan kami yang terkena sekali... Sampai pukul 6 lebih kami semua cari x jumpa, Kami balik kem jumpa dengan fasi... En. sempo bagitau kami salah tempat bila dia dengan Abg Din tunjuk tempat yang sepatutnya... Tokojut gua and geng... Penat2 naik turun bukit, rupanya ada kat belakang kem je... Fasi dah bagitau kat kami semua, jangan naik bukit tu pasal ada ular tedung selar... Gua naik atas gua x ingat amaran fasi, janji dapat petunjuk utk checkpoint ke-4. Memandangkan kami yang last, so xda pemenang dan pengalah... Apa yang kami dapat pengalaman semata2 yang orang lain belum tentu dapat... Lepas habis aktiviti, kami di benarkan mandi di laut... Malamnya kami adakan malam kebudayaan yang memang happening giler... Semua peserta dan fasi terlibat...

20 Jun
Pagi tu kami membuat senaman di tepi pantai sambil beriadah... Selapas sarapan, kami diajar cara2 mengikat tali dengan cara yang betul... Selepas itu diadakan pertandingan mengikat tali yang diselia oleh fasi yang berpengalaman... Pada sebelah petang kami bergerak dari sana balik rumah dengan bas... Gua rasa si pemandu tu driver untuk filem fast and furios kot... Semacam je dia bawak bas!

0 ulasan: