Hujan membasahi alam, kabus memayungi udara, angin
semilir menyapa bumi, burung berkicau memberi salam. Indah ciptaan
Illahi..tidak disewa, tidak dibayar hanya merasa dan bersyukur kepadaNya...suasana
kehidupan kampung tidak terbanding dengan apa yang diciptakan oleh manusia.
Lumrah alam manusia tidak pernah puas dengan pemberian-Nya.
Beberapa jam sebelum kedatangan waktu berbuka bagi
daerah Sik, sempatlah hujan renyai-renyai membasahi perkampungan di sekitar
daerah Sik. Bagi yang tengah memasak, masih berasap periuk belanga di dapur.
Mana yang sudah selesai, aktiviti petang menghirup udara selepas hujan sambil
melihat keindahan alam yang dipenuhi kebun dusun, bukit bukau, parit sungai tak
lupa tali air…ahhh tali air… ada lagikah penduduk kampung yang menanam padi
pada tahun ini? Sejak-sejak kemalangan , jarang-jarang nak meronda sekitar
kampung melihat sawah bendang. Apa khabar burung-burung di bendang? Apa khabar
ikan-ikan di parit? Apa cerita si lintah dan pacat? Ehmm ehmmm hmmmm… (aku geli
dengan binatang lembik melekit melekat tu)
Cerita pasal hujan, terimbas kembali sejarah
beberapa bulan sebelum kehadiran sang matahari yang memancar-mancar sinar
panasnya. Setiap hari berbulan-bulan lamanya hujan turun membasahi bumi kampung
di daerah Sik. Adakalanya lebat selebat-lebatnya, adakala renyai
serenyai-renyainya…kadang-kadang timbul cerita ada kampung yang terlibat dengan
banjir kilat, kadang-kadang timbul cerita ada kampung yang terputus hubungan
kerana masalah talian telefon terganggu, dan kadang-kadang ada satu dua tempat
mengalami masalah ribut dan pokok tumbang..hmmm ada yang sibuk waktu itu…hari-hari
ada panggilan kecemasan…
Itu hanyalah sekadar cerita di sebalik cerita. Ini
kisahnya…kala hujan membasahi bumi di hening pagi, bila subuh melangkaui waktu
kabus timbul menyelimut alam. Aku ingat masa aku belajar di sekolah menengah, kenderaan
yang menjadi pengangkutan utama sudah tentu la motosikal. Aktiviti pagi-pagi aku ialah
memulas minyak sampai puas. Kabus agak tebal kalau melalui kawasan berbukit ala-ala
di kawasan pergunungan pulak. Jadi kena la berhati-hati selalu sebab tebing
curam berlembah agak bahaya. Tapi selalu jadi tempat rempitan perempit-perempit
yang tak serik-serik…tapi bila bawak motor dalam kabus ni faham-faham sajalah
bila tahap pandangan hanya selangkah di depan mata, jadi kalau bertembung
dengan piggy and their piglet what should I say just bring it with the slowly.
Pernah sekali that piggy betul-betul depan mata bila kabus makin hilang. Thank
God I’m not accident. Sedia maklum la aku bawak motor pergi sekolah melalui
kawasan kampung. Melangkaui 4 buah
kampung. Sudah tentulah kawasan berbukit bukau, hutan dan kebun di kiri kanan,
jalan raya bak ular dipalu, itu belum kira lopak lubang dijalan. Nak pulak
najis lembu merata-rata kena elak jugak tu… wangian haruman tak payah ceritalah
menyengat hidung oii... Ok stop! Continue this story.
Bila hujan mencurah-curah, rindu pulak suasana pagi
sejuk-sejuk gedi (*menggigil) waktu mandi pagi-pagi. Biasanya penduduk kampung
menggunakan air daripada mata air yang kebanyakan orang panggil air bukit. Air
bukit ini akan ditakungkan di sebuah kolam dan kolam itu akan menyalurkan air
tersebut melalui batang paip pvc yang besar ke kampung-kampung berdekatan. Tapi
bila hujan lebat, kolam takungan tu kena la dicuci selalu pasal daun-daun
kering dan pasir akan menyebabkan paip pvc tersumbat. Kecik-kecik dulu sebelum
mandi jerang (*masak) air panas, lepas tu tambah dengan air biasa bila
agak-agak suam baru mandi. Sekarang tak payah dah rumah kampung pon dah ada
water heater. Canggih kan?! Lumrah alam yang indah ciptaan Maha Esa. Salam Ramadhan
untuk semua.
11:27 PM
0 ulasan:
Post a Comment