Friday, June 27, 2014

Kampungku-TanahTumpah darahku

Sekarang dah bemula musim buah-buahan tempatan. Angin semilir dari kaki bukit yang berdekatan  kala petang menjelma ini buatkan aku teringat waktu musim buah tahun lepas. Menunggu kedatangan si ‘anak emak’ku saying yan sorang tu datang melawat. Bila dah sampai ada saja benda nak dibuatnya. Apalagi aktiviti mengait buah manggis lah. Aku ingatkan mengait pakai galah panjang, rupa-rupanya dia yang jadi galah kat atas pokok. Huh! Takda can-malican aku nak naik. Katanya itu lah pertama kali panjat slepas 20 thun yang lalu. Huhu lamanya…kerja punya pasal…dia sedap memanjat, aku  pulak yang melangut kat bawah pokok tunggu buah jatuh. Nak la jugak merasa jadi monyet jadian kat atas nun…huh! Ada tetamu makanya, bersopanlah seadanya…
Digoncangnya dahan pokok manggis dengan melompat-lompat, aku yang tunggu di bawah kena lari sebab buah manggis kalau jatuh atas badan memang la sakit yang amat bersesuaian dengan kulit yang keras. Itu belum lagi dengan warna kulit dia. Bak kata pepatah, hitam-hitam si tampuk manggis, makin hitam makin manis.aku jugak la yang letih sebiji-sebiji nak dikutip. Kalau kena yang buruk dah kira rezeki untuk binatang. Dua jam di bawah pokok mengutip sorang-sorang, dia pon turun tolong kutip. Ada la lebih kurang sekampit beg plastik beras. (aku kira pakai beg plastik beras pasal dah memang guna plastik tu).
Sekarang dah jadi kenangan sebab dia dah bertolak ke luar negara untuk sambung kontrak kerja yang tertangguh sebelum ini. Musim buah tahun depanlah nak tunggu dia balik pulak nak makan buah sama-sama.
Cerita yang sama pada tahun 2012, waktu tu aku dah ada di Malaysia lebih kurang tiga empat bulan macam tu. Malas tu masih lagi ada, buata alasan konon- kononnya jet lag. Itu namanya pemalas…apa punya alasan la. Kesnya rakan sekutu kebanyakannya sambung belajar, yang selebihnya bekerja. Tinggal la aku melepak melalak sorang-sorang di rumah…mak aku pulak, ada saja benda yang nak disuruh, jadinya disuruhnya aku bawak tikar lipat yang orang selalu bawak pergi berkelah tu bentangkan di bawah pokok manggis…ceritanya memang berkelah la pon.alang-alang cita-cita aku nak memanjat pokok masih ada dalam diri tak hilang-hilang lagi makanya aku cubalah nak panjat jugak malang bagi aku dahan pokok yang paling rendah sama paras dengan kepala aku. Hmmm…harapan nak jadi monyet jadian tak kesampaian jugak. Menung sajalah tengok orang lain yang panjat pokok…takpa-takpa lain tahun aku bawak tangga terus pergi panjat pokok.
Itulah cerita dolu-dolu dah tinggal kenangan. Sekarang keadaan semulajadi yang ambil alih mengubah keadaan pandangan geografi mukabumi. Masuk pulak pasal geografi lahh!! Hutan belukar pulak yang ambil alih memanjat pokok-pokok di sekitar pokok manggis. Kalau nak suruh aku ushar sorang-sorang memang tak la kan…salah satunya, waktu musim buah ni lah binatang liar banyak ushar manusia. Binatang yang paling banyak dalam tu dah semestinya binatang yang tengah glamour waktu ni…cerita dna dia ada dalam Cadbury la tu. Lepas tu adalah pulak cerita momok harimau kumbang pon turun mencari makanan waktu musim buah ni. Itu belum masuk lagi cerita beruang la, harimau belang la, lutong la, ular la, macam-macam la…biasalah tu kampung aku merupakan salah satu diantara berpuluh-puluh kampung yang tinggal di pedalaman, berdekatan dengan bukit bukau dah hutan tebal, itu belum lagi masuk belantara…macam-macam ada. Line telefon pon kadang-kadang ok, kadang-kadang tak. Depend on cuaca…tapi apa yang penting masih ada sawah padi, sungai, parit dusun dan sebagainya…the best view in the world. Walaupun sejauh mana kita pergi, tanah tumpah darah tempat bermain tetap akan kita kembali. Aku bangga jadi anak kampung yang sempat merasa angin segar dari bukit, kalau waktu lepas hari hujan lebat, dijamin kabus akan muncul ala-ala seperti di kaki gunung gitu!

Apa-apa pun sekarang musim buah…sesiapa yang tinggal jauh-jauh tu rajin-rajin la balik kampung. Pokok tengah lebat berbuah ni kalau lambat nanti habis…

0 ulasan: