Friday, June 27, 2014

Cita-cita atau Impian

Apa itu impian? Impian ialah terlahir dari sebuah angan-angan dan cita-cita… mana datang impian? Pada aku impian datang bila soalan yang selalu ditanya contohnya ‘apa cita-cita hang’, ‘hangpa teringin nak jadi apa?’, ‘bila besaq hangpa nak jadi apa?’. Selalunya waktu sekolah dulu masa kecik-kecik, cikgu selalu tanya kan…baik masa sekolah rendah, mahupun sekolah menengah…cita-cita aku? Hmmm… sat aku nak flashback…
Masa aku kanak-kanak ribena, kata mak aku…aku suka ikut arwah bapak aku pergi tengok apek broza (bulldozer) bawak broza korek tanah kat belakang rumah aku…masa tu ada jiran sebelah tanam padi huma a.k.a padi bukit. Jadi arwah bapak aku tanya apa minat aku…aku kata la aku nak jadi apek broza. Sebab apa? Sebab suka pakai seluar pendek dan singlet dengan topi mengkuang. Dah gaya apek memang gitu…nak kata apa boleh? Masa dulu mana ada gaya urban ke, ranggi ke, casual ke, apa-apa sajalah…pendek kata tiada istilah penggayaan...
Lepas tu bila dah besar sikit, cerita apek broza dah dilupakan sebab dah masuk sekolah rendah, dah faham bagaimana pekerjaan apek broza tu. Masa tu di bawah pentadbiran mantan Tun Dr. Mahathir, makanya cerita mengenai wawasan negara pada tahun 2020 mengenai impian Malaysia mengenai angkasawan negara. Jadi, akupon berangan jugak nak jadi angkasawan…konon-kononnya. Masa tu belum lagi cerita pasal angkasawan negara kita Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Syukor. Tahun 90’an tak siapa yang menyangka impian akan menjadi kenyataan. Bila dah masuk umur 9 tahun, ada satu filem spy kanak-kanak yang aku suka teramat sangat. Kalau ada yang ingat filem Spy Kids, itu la salah satu penagruh yang kuat dalam hidup aku selepas cerita filem Harry Potter-The Chambers of A Secrets. Yang menjadi masalahnya bila anak-anak jiran aku adalah kalangan budak-budak lelaki…hmmm…automatik permainan aku adalah permainan budak-budak lelaki. Main bola sepak, badminton, mandi parit, tahan burung, main guli, panjat pokok, baling selipar,cari biji getah, cakplung (tembak-tembak pakai buah cenerai), gaduh bertumbuk dengan budak lelaki dari kampung lain. Kiranya masak memasak, pondok-pondok, kawin-kawin tu semua benda last dalam list permainan budak-budak kampng aku. Jadi aku ajak la budak-budak lelaki yang muda daripada aku jadi spy- akulah ketuanya, pejabat pulak berpengkalan di rumah aku. Masa tu budak lelaki yang tua dari aku ada yg bersekolah sebelah petang. Aku la yang ambil alih kawasan. 
Entah apa-apa sajalah waktu tu. Tapi bila waktu malam, aku masih lagi tidur sambil hisap dummy, peluk anak patung ditemani si kucing-kucing kesayangan. Arwah bapak aku ada bukak sebuah kedai ala-ala booth gitu di rumah menjual barangan dapur dan jugak bekas simpanan makanan (Tupperware). Aku minat jugak berniaga pasal aku selalu tengok orang bagi duit. Tapi tak lama sebab arwah bapak aku selalu sakit-sakit dan masuk hospital. Arwah bapak aku ada belikan sebuah anak patung robot bila tekan button on, robot tu boleh gerak kedepan kebelakang sambil menari-nari gerak  ke kiri ke kanan. Dasyat kan? Lepas tu dia belikan aku pistol mainan yg tembak cicak pakai peluru bebola plastik. Mak aku tak pernah benarkan aku main pistol mainan even pistol air. Jadi bila ada pistol sendiri, teruja gila Cadbury lah…apalagi menayang la kat budak-budak lain, Nampak tak keriakkan disitu?
Tanggal 27 mac 2001, arwah bapak aku meninggal atas sebab-sebab penyakit 3 serangkai. Masa tu aku down sangat jadi takda benda yang nak diangankan…kalau pasal sekolah tak payah cerita la pasal aku nombor dua dalam petandingan paling banyak ponteng kelas. Cikgu aku la yang cakap…suka hati dia ja kutuk-kutuk aku. Huh! Tak kisah pon. Masa darjah 5 aku nak jadi polis sebab aku tengok pakngah aku kerja polis. Dia ada bagi topi uniform polis kat aku kononnya sebab aku suka pakai topi tu..hehehehe memang pon!!! Sampai sekarang aku simpan lagi topi tu. Lepas tu semakin lama aku membesar, semakin banyak impian aku dan semakin banyak cita-cita aku. Doktor la, bomba la, cikgu la, pensyarah la, macam-macam la…hati tak tetap…apa boleh buat kan?...tapi masa sekolah menengah, aku suka tengok lumba motor GP kat tv. Terus aku minat si doctor Valentino Rossi maybe dia cute sangat kot. Aku teringin nak jadi macam dia…bawak motor laju-laju. Buat pasal betul!  Setahun lepas tu masa aku tingkatan 2, aku dapat motor mak aku belikan untuk kesenangan aku pergi balik sekolah. Bawak pi sekolah siap parking dalam sekolah tu…pengetua pun takda masa nak check sapa ada lesen ke takda ke.yang penting sampai kat sekolah bukan ke tempat lain. Lama-lama aku pun lupa pasal nak jadi pelumba…lepas bertahun-tahun adalah jugak nak jadi pelukis, penulis blog, ahli astronomi, pakar geologi, pakar itu, pakar ini…berangan baik punya angan, masa form 4, aku masuk kadet Bomba Dan Penyelamat, dah tu setiap kali ada pertandingan antara pasukan beruniform, selalu pulak berentap dengan kadet Polis. Semangat nak jadi bomba datang balik…adalah setahun lebih sampai hujung tahun form 5.
Lepas tu aku apply nak masuk Kolej Komuniti pasal ada pelajaran Automobile. Ceritanya aku nak jadi mekanik la pasal…tapi lepas dapat tawaran, mak aku sakit selama 3 bulan…dalam waktu tu aku pon masuk form 6. Ya lah, dah kawan-kawan semua pergi sekolah takkan aku sorang-sorang tak belajar. Since Lower 6 until Upper 6, takda apa pon yang menarik, tapi cikgu-cikgu sporting habis lah! Aku suka. Paling best kalau ada aktiviti di sekolah, ada saja benda yang nak dibuat untuk kenakan cikgu-cikgu ni…lepas habis exam, kakak aku yang sedang belajar di Uk, tengah cari pembantu untuk anak-anak dia. Aku jugak yang ditanya…mak aku pon dah sihat, aku dibenarkan memulakan pengembaraan di negara orang. Jadilah aku The Nanny/Babby-sitter kat daerah Hull. 4 bulan 5 hari kemudian aku balik ke Malaysia, alang-alang takda benda nak buat, aku masuk sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam pada tahun 2011… ala2 hero penyelamat gitu… bulan 7 tahun 2012, aku masuk Kolej Profesional Mara Seri Iskandar, Perak selama 6 bulan kemudian aku sambung buat Diploma Perniagaan di Kolej Profesional Mara Beranang, Selangor. Dah setahun di situ, mak aku sakit jadi aku pon ambil keputusan berhenti belajar, balik kampung tanam jagung…
Sekarang dah banyak tanggungjawab, impian semua terkubur buat sementara waktu. Alang-alang dah ada blog sendiri, cita-cita nak jadi penulis tu datang balik. Tapi aku takda bakat…kalau nak bercerita tu ada la…banyak sangat sampai tepu otak aku nak tampung semua…makanya terlahirlah idea untuk menulis blog.-disinilah aku mengekspresikan diriku seadanya… (laju laju selajumikieadna)

2 ulasan:

Naja said...

cita2 berubah selaras dengan perkembangan usia, itu normal. cita2 yang tidak tercapai tapi lain pula yang kita jadi itupun cukup normal. yang penting tak mati cita2.. i dulu nak jadi PM, tetiba jadi secretary.. jauh beza tu ! jadi bini PM pun tak... tapi hidup bahagia jer dengan apa yang kita ada, bukan menangisi benda yang kita takdak.

lagi satu cuba tulis guna satu kaler.. takdo la poning mak membacanye mesti lagi menarik. hehe

Mikie Punyer Cerita said...

hahahaha yes mem but takde colourful la hahahaha...by the way...sikalang takda cita2 yang menarik semua ke tong sampah...