Title ni macam ke langit jugak la…aku saja
la yang ke laut. Hati mau ke bintang, minda jugak mau ke bulan…mana-mana saja
pon boleh asal ada impian dan keinginan…ok fullstop. Cerita baru pulak…melalut
saja yang lebih. First of all, entry ini takda kaitan dengan cerita orang lain
sama ada hidup atau mati dan yang baru nak mulakan hidup baru…tarak kisah apa
jua keadaan, asalkan bersopan gitulah!!
Kalau nak menyanyi dan mendengar lagu
tidaklah menjadi satu kesalahan asalkan tidak melalikan dan merosakkan diri –
kata Ustaz Mohd Kazim Elyas. Ayat dia ada jugak dua tiga patah perkataan, aku
potong pasal aku tak hengat maklum la sekali lalu ja kowt…kat sini aku stori
mori sikit pasal lagu…saper yang tak pernah dengar lagu kan? Semua pernah
dengar even baby yang kecik comel pon pernah dengar jugak…di sana sini banyak
lagu dah terpasang dan berkumandang baik dari lagu mental sampai lagu lullaby.
Semua pernah dengar… maksudnya lagu dari zaman 90’an sampai lagu sekarang yang
slow-slow mengantuk. Bukan tak layan…lebih dari layan siap parody bagai…kalau
batu punya lagu dari atuk Metallica, BeeGees, pakcik Scorpion,
slow rock di Malaysia sampailah kepada brother Backstreet Boys, Boyzone,
uncle Michael learns to Rock, inchek Westlife. Nak aku taip satu
per satu memang tak la…banyak kot!! Itu belum lagi masuk zaman k-pop dan
indie…bab pop yeh yeh harap mahap bukan zaman kelahiranku…
Chewahhh!!! Ayat aku macam aku eksped sangat
kan? Gaya macam la aku tahu isu-isu semasa pasal muzik ni sangat la kan…
hahahaha harus la aku bukak paper baca ruangan gossip dulu..ehemmm aku amik
yang baik-baik saja tau!! Sewaktu zaman aku yang kanak-kanak rebina tu banyak
lagu aku dengar dari Lompat siKatak Lompat sampaikan lagu omputih. Aku pon nak
la jugak upgrade lagu, asyik-asyik lagu budak-budak ja. Lagu omputih yang aku
minat masa tu lagu Ka-Ching-Shania Twain. Asalnya aku tak faham sangat
lirik dia...entah apa kejadah dia sebut pon aku hmm-hmm saja…miming saja lebih.
Lepas tu plak layan lagu LeAnn Rimes–Can’t Fight the Moonlight. Yang itu
advance sikit…siap hafal-hafal lirik lagu lagi ha… siap suruh kakak aku copy
masuk cd then pos kat aku di kampung… kemain tau!! Demand segala benda gitu!!
Kecik lagi tu…
Bila dah besar sikit, ada pulak grup yang
suka kumpul-kumpul lirik lagu…macam tu pon ada jugak ka? Harus la!! Bila dah
ada lirik nak pulak di tukar-tukar dengan kengkawan yang ada jugak hobi
mengumpul tu. Saper yang ada buku lirik paling banyak mukasurat, paling tebal
dan paling banyak buku dah kira bapak hebat lah konon-kononnya…aku pon nak
menghebat jugak jadi aku paksa kakak aku print lirik lagu, jadi dia mintak la
senarai lagu. Aku syok la… bila dia bawak balik, nah amik kau!!! Mengada-ngada nak lirik lagu sangat kan?! Sekali
dia bagi tudia dua bijik buku lirik lagu. Lagu ntah apa-apa ntah pon ada
jugak…ala-ala scrapbook lagi dia buat untuk aku…kreatif sangat kan kakak aku
yang sorang tu..sekarang pon still ada dalam simpanan.
Masa sekolah menengah, bila dah pandai
pakai thumdrive sendiri tak pandang dah disket ka cd ka pa ka…biasa la dah
canggih sikit…semua lupa diri. Dah tu selalu sangat la masuk cyber café then
cari lagu kemudian download sampai nak rak…Halamak!! Masa tu jiwang sangat dengan
Scorpion-The Wind of Change. Lagu dia pulak memang meleleh slow rock
punya…Perghhh jiwa kacau betul!!! Lepas tu terdengar lagu sentimental pulak
cari punya cari…owh ada rupanya…lagu Kitaro-Matsuri/Koi/Silk Road…makanya
lagu it upon di upload masuk mp3 jadi lullaby nak masuk tido. Heh!!kalau dah
masuk tahap tido mati takda pasal nak dengar lagu dah…itu la zaman berangan aku
yang paling thriller lah..yang kes Metallica ni cerita dia aku dicabar la..masa
tu Metallica ada buat konsert di Malaysia, kakak dua beradik bercerita pasal
konsert tu…gaya macam nak pergi konsert, aku pon nak follow jugak maklum la nak
merasa cemana live kat konsert…sekali keluar soalan dari mencabar, kalau nak pi
sila habaq tajuk lagu Metallica…halamak!!! Kurang asam punya soalan… mana la
aku tau lagu hard metal dia. Dah sebabkan aku tak tau makanya takpayah berangan
lebih-lebih nak pi konsert. Semenjak hari kejadian tu, aku pon apa lagi bukak
la ‘saluran anda’ cari lagu…dah tu jumpa Enter the Sandman..bila
dengar…tudia!!! Bapak punya hardcore lagu dia. Sakit telinga siot!! Mai tang
lirik...mak aih!!! Slownya!! Tak padan dengan lagu…
Nasyid?? Minat jugak…orang kata jadi halwa
telinga. Tapi… depend on nasyid la…bukan aku tak suka, sesetengah lagu aku tak
suka bila melody slow sangat…macam tak sampai ja maksud nasyid tu
sendiri…apa-apa pun aku masih jahil bab-bab muzik ni. Aku suka ja Ae-man
– Ibu/Sayang Ayah. Ada jugak Rabbani, Raihan, UNIC…macam-macam
lagu la…banyak sangat…kalau macam indie pulak aku layan seadanya saja. Tak
semua masuk kepala..kalau orang tanya tajuk lagu dengan penyanyi mahu la jugak
loading 10 minit mengadap computer mencari-cari siapakah empunya lagu dan
penyanyi itew…lastly it’s become try and error…paling sesuai restart and
re-programme minda…
0 ulasan:
Post a Comment